Kalau suka hidangan mi yang mudah tetapi tetap menyelerakan, resepi mi sanggul goreng ini memang patut dicuba. Bahan yang digunakan pun tidak banyak, malah telur sahaja sudah cukup sebagai protein.
Apa yang buat mi sanggul goreng ini menarik ialah taburan serbuk kacang tanah pada penghujung masakan. Rasa kacang yang lemak dan wangi ternyata cukup serasi dengan mi sanggul yang kenyal.
Baca juga: Resipi Mee Siam Kuah Legend, Kuah Banjir Pedas Masam Manis Memang Terangkat Habis!
Menurut perkongsian Salbiah Ahamad di Facebook, mi sanggul goreng ini tidak memerlukan banyak bahan. Bawang, cili kisar, sos tiram, sos cili dan kicap pekat manis sudah cukup untuk menghasilkan rasa yang sedap.
Kemudian, serbuk kacang tanah ditambah pada akhir masakan. Gabungan rasa pedas, manis dan lemak kacang menjadikan hidangan ringkas ini lebih istimewa.
Bahan-bahan:
Cara-cara penyediaan:
1. Didihkan air dalam periuk. Masukkan mi sanggul dan rebus sehingga lembut. Toskan dan ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga kekuningan dan naik bau.
3. Masukkan cili kisar. Tumis sehingga cili masak dan pecah minyak.
4. Masukkan sos tiram, sos cili dan kicap pekat manis. Gaul sehingga semua bahan sebati.
5. Tuangkan sedikit air dan perasakan dengan garam. Jika suka rasa manis, boleh tambah sedikit gula.
6. Pecahkan telur ke dalam kuali. Kacau sehingga telur masak dan sebati dengan bahan tumisan.
7. Masukkan mi sanggul yang telah ditoskan bersama daun kucai. Gaul sehingga semua mi bersalut rata dengan bahan tumisan.
8. Akhir sekali, masukkan serbuk kacang tanah. Gaul sekejap sehingga sebati dengan mi.
9. Angkat dan hidangkan ketika panas.
Tips:
Dengan bahan yang mudah dan cara penyediaan yang tidak rumit, mi sanggul goreng ini memang sesuai dijadikan menu ringkas untuk seisi keluarga. Lebih menarik, taburan serbuk kacang tanah memberikan rasa yang sedikit berbeza daripada mi goreng biasa.
Kalau belum pernah cuba gabungan mi sanggul dengan kacang tanah, boleh masukkan resipi ini dalam senarai untuk dicuba. Makan panas-panas memang lagi sedap!
Selamat mencuba!
Sumber: Salbiah Ahamad
Baca juga: Cara Buat Mee Kari Simple Berkuah Lembut & Pekat, Aromanya Cukup Memikat Selera
Resipi peria tumis telur ini sesuai dijadikan pilihan lauk untuk mereka yang sedang menjaga pemakanan.…
Pernah tak beli kelapa muda dengan harapan isinya tebal, tetapi apabila dibelah, rupa-rupanya isi masih…
Kalau sebut sahaja masak lemak, pasti ramai yang terbayangkan kuah santan pekat dengan rasa pedas…
Cekodok kosong rangup antara hidangan ringkas yang sesuai dijadikan sarapan pagi atau minum petang. Walaupun…
Cek mek molek kuih tradisional yang cukup dikenali di Pantai Timur, khususnya Kelantan dan Terengganu.…
Ada lebihan nasi lemak selepas bersarapan tetapi tidak tahu hendak buat apa? Daripada membiarkannya begitu…