Categories: Resipi

Resipi Mi Suah Sedap, Makan Waktu Demam Pasti Membuka Selera!

Seorang pengguna laman sosial Facebook bernama Aisha Shukor telah berkongsi resepi mee suah yang sering dimasak oleh arwah ibunya dahulu.

Menurutnya, arwah ibunya akan memasak hidangan ini setiap kali dia demam untuk membuka selera.

Resepi ini sangat mudah dan cepat disediakan. Ditambah pula dengan cili potong, rasanya memang nikmat tak terkata!

Baca juga: Buat Sendiri Bihun Kungfu Sedap, Padu Macam Makan Dekat Kedai!

RESEPI MEE SUAH

Bahan-bahan:

  • 6 ulas bawang putih (diketuk)
  • 4 biji bawang merah kecil (dihiris)
  • Air setengah kuali
  • Ayam (dipotong kecil)
  • Fishball (dibelah dua)
  • Garam secukup rasa
  • 1 kiub pati ayam
  • Lobak merah secukupnya
  • 1 sudu minyak bijan
  • Lada sulah secukupnya
  • Telur
  • Sayur pak choy
  • Mi suah

Cara memasak:

  1. Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang putih dan bawang merah sampai naik bau.
  2. Kemudian, masukkan air setengah kuali. Air kena lebih sebab mi suah mudah serap kuah.
  3. Masukkan pula ayam yang dipotong kecil. Biarkan dan masak selama 10 minit sehingga ayam empuk.
  4. Selepas itu, letakkan fishball, garam secukup rasa, kiub ayam, lobak merah, minyak bijan dan lada sulah. Kacau sebati.
  5. Seterusnya, pecahkan telur ke dalam kuah dan biarkan seketika.
  6. Letakkan pula sayur pak choy dan mi suah.
  7. Biarkan mendidih selama 1 minit dan boleh tutup api. Terus hidangkan dan sedia untuk menjamu selera.

Selamat mencuba!

Sumber: Aisha Shukor

Baca juga: Resipi Bakso Tauhu Yang Unik Tapi Lazat, Pasti Ramai Tak Pernah Cuba

Wan N

Recent Posts

[VIDEO] Tikus Ratah Ayam Mentah Dalam Tong Hitam, Rakaman Dari Premis Di Pudu Buat Ramai Geli!

Tular satu rakaman memaparkan beberapa ekor tikus didakwa meratah ayam mentah yang direndam di dalam…

7 hours ago

Daun Selasih & Daun Kesum Cepat Hitam? Cuba Cara Simpan Ini, Kekal Segar Lebih Lama!

Daun selasih dan daun kesum antara bahan masakan yang sering digunakan untuk menaikkan aroma serta…

8 hours ago

Bayam Bulat vs Bayam Tajam, Nampak Hampir Sama Tapi Rupanya Banyak Beza! Ini Ciri-Cirinya

Bayam tajam dan bayam bulat merupakan antara sayuran hijau yang mudah ditemui di pasar basah…

8 hours ago

Anak Susah Makan Ikan? Hidangkan Salmon Goreng Kunyit Ini, Terus Jadi Kegemaran!

Hidangan goreng kunyit biasanya menggunakan ayam atau daging sebagai bahan utama. Namun, resipi ikan salmon…

8 hours ago

Resepi Biskut Semperit Susu Guna 3 Bahan Sahaja, Rangup Dan Cair Di Mulut!

Resepi biskut semperit susu ini antara pilihan yang boleh dicuba jika sedang mencari biskut yang…

10 hours ago

Cucur Balak Rangup Cicah Kuah Kacang, Rupanya Cara Buat Adunan Macam Kulit Ketayap!

Kalau biasa menikmati cucur atau kuih tradisional sebagai hidangan minum petang, apa kata cuba pula…

13 hours ago