Categories: Resipi

Cara Masak Mi Kuah Tulang Versi Utara, Resipi Paling Padu Confirm Tak Cari Lain!

Mee kuah tulang memang juadah yang sangat sinonim dengan negeri Johor. Namun, kali ini MyResipi ingin berkongsi resepi mee kuah tulang versi Utara yang tidak kurang sedapnya.

Sesekali ubah selera dengan mencuba resepi baru, apa salahnya kan? Yang penting, rasanya tetap menyelerakan dan pasti buat anda makan bertambah-tambah.

Bagi yang ingin mencubanya, jom lihat resepi penuh yang dikongsikan oleh Puan Intan Syahira, lengkap dengan senarai bahan-bahan serta cara memasaknya.

Baca juga: Resipi Bubur Ayam Tumis Darat Yang Sedap Tak Terkata, Makan Sampai Licin Periuk!

RESEPI MEE KUAH TULANG UTARA

Bahan-bahan:

  • Tulang (rebus hingga empuk, air rebusan digunakan untuk kuah)
  • Cili kisar: cili kering direbus dan tos, bawang besar 1 biji, bawang putih 3 ulas, belacan sedikit (jika suka)
  • 2 sudu besar rempah kari daging
  • 2 sudu besar sos cili
  • Keledek merah direbus dan dikisar
  • Serbuk perasa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit kicap manis untuk rasa dan warna kuah lebih gelap

Cara-cara memasak:

  1. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau.
  2. Masukkan cili blend dan serbuk kari daging, masak hingga pecah minyak.
  3. Tuang air rebusan tulang bersama tulang yang direbus tadi. Agak-agak sahaja untuk kuah.
  4. Masukkan keledek yang telah dikisar. Masak hingga kuah mendidih.
  5. Perasakan dengan sos cili, kicap, garam, gula dan serbuk perasa. Sesuaikan kuantiti bahan mengikut selera.
  6. Apabila kuah sudah agak pekat dan mendidih, boleh dinikmati bersama mi kuning dan bahan hiasan lain seperti tauge, daun bawang, telur rebus dan lain-lain,

Sumber: Intan Syahira

Baca juga: Resipi Mi Segera Kuah Simple Tapi Sedap, Menu Paling ‘Win’ Waktu Hujan!

Wan N

Recent Posts

OhBulan! Paling Viral Online 2.0 Buka Undian Top 15, Ini Senarai Calon Bagi 9 Kategori

OhBulan Paling Viral Online 2.0 (OBPVO 2.0) kini membuka fasa undian Top 15 bermula 2…

9 hours ago

Mi Sup Campur Bebola, Resipi Ringkas Tapi Aroma Tumisannya Buat Tak Sabar Nak Makan!

Hujan-hujan begini memang terasa nikmat kalau dapat makan semangkuk mi sup panas-panas. Tambah pula bebola…

9 hours ago

Chicken Mushroom Soup Homemade, Sekali Buat Terus Tak Pandang Sup Dalam Tin!

Chicken mushroom soup tak semestinya perlu dibeli dalam tin kerana anda boleh menyediakannya sendiri di…

10 hours ago

Resipi Kuih Lapis Labu Mudah, Tak Guna Tepung Gandum Tapi Tetap Lembut Kenyal!

Kuih lapis labu kuning antara kuih tradisional yang menarik untuk dicuba, lebih-lebih lagi buat penggemar…

12 hours ago

Kek Mentega Simple Guna Sukatan Cawan, Lembut Gebu & Harum Semerbak Satu Rumah!

Bau kek mentega yang sedang dibakar memang cukup menggoda! Harum semerbak mentega memenuhi ruang rumah,…

13 hours ago

Resipi Kepah Masak Cili Ala Thai, Tambah Cili Padi Kalau Nak Lebih Pedas Yang Memikat Selera!

Resepi kepah masak cili ala Thai ini sesuai untuk penggemar makanan laut yang sukakan hidangan…

13 hours ago