
Mee kuah tulang memang juadah yang sangat sinonim dengan negeri Johor. Namun, kali ini MyResipi ingin berkongsi resepi mee kuah tulang versi Utara yang tidak kurang sedapnya.
Sesekali ubah selera dengan mencuba resepi baru, apa salahnya kan? Yang penting, rasanya tetap menyelerakan dan pasti buat anda makan bertambah-tambah.
Bagi yang ingin mencubanya, jom lihat resepi penuh yang dikongsikan oleh Puan Intan Syahira, lengkap dengan senarai bahan-bahan serta cara memasaknya.
Baca juga: Resipi Bubur Ayam Tumis Darat Yang Sedap Tak Terkata, Makan Sampai Licin Periuk!
RESEPI MEE KUAH TULANG UTARA

Bahan-bahan:
- Tulang (rebus hingga empuk, air rebusan digunakan untuk kuah)
- Cili kisar: cili kering direbus dan tos, bawang besar 1 biji, bawang putih 3 ulas, belacan sedikit (jika suka)
- 2 sudu besar rempah kari daging
- 2 sudu besar sos cili
- Keledek merah direbus dan dikisar
- Serbuk perasa
- Garam dan gula secukup rasa
- Sedikit kicap manis untuk rasa dan warna kuah lebih gelap
Cara-cara memasak:
- Tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau.
- Masukkan cili blend dan serbuk kari daging, masak hingga pecah minyak.
- Tuang air rebusan tulang bersama tulang yang direbus tadi. Agak-agak sahaja untuk kuah.
- Masukkan keledek yang telah dikisar. Masak hingga kuah mendidih.
- Perasakan dengan sos cili, kicap, garam, gula dan serbuk perasa. Sesuaikan kuantiti bahan mengikut selera.
- Apabila kuah sudah agak pekat dan mendidih, boleh dinikmati bersama mi kuning dan bahan hiasan lain seperti tauge, daun bawang, telur rebus dan lain-lain,
Sumber: Intan Syahira
Baca juga: Resipi Mi Segera Kuah Simple Tapi Sedap, Menu Paling ‘Win’ Waktu Hujan!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














