serbuk ikan bilis

Kalau selalu guna kiub pati segera, apa kata tukar kepada serbuk ikan bilis homemade yang lebih sihat. Dibuat daripada ikan bilis, udang kering, bawang dan rempah yang disangai kering sebelum dikisar halus, rasanya umami dan wangi.

Kelebihan serbuk ikan bilis ini ialah 100% semula jadi, tanpa MSG dan bahan pengawet, jadi selamat untuk seisi keluarga termasuk bayi berusia setahun ke atas (tanpa garam). Ia sesuai untuk bubur, sup, nasi goreng dan mi, malah boleh tahan lama jika disimpan dengan betul.

Baca juga: Cara Buat Kuah Carbonara Tanpa Keju, Nak Jimat Boleh Guna Resipi Ini!

CARA BUAT SERBUK IKAN BILIS HOMEMADE

serbuk ikan bilis

Bahan-bahan:

  • 1 cawan ikan bilis (buang kepala & perut, cuci bersih, toskan)
  • ½ cawan udang kering (cuci bersih)
  • 1 cawan bawang putih (dihiris nipis)
  • ½ cawan bawang merah (dihiris nipis)
  • 1 sudu kecil lada hitam (ikut selera)
  • 1 sudu besar biji ketumbar (pilihan, untuk aroma wangi)
  • Sedikit garam (pilihan, jika ikan bilis kurang masin)

Cara penyediaan:

  1. Sangai (goreng tanpa minyak) ikan bilis dan udang kering secara berasingan dalam kuali hingga rangup dan betul-betul kering.
  2. Sangai bawang putih dan bawang merah hingga kekuningan dan garing. (Boleh juga dijemur bawah cahaya matahari hingga kering sepenuhnya).
  3. Sangai lada hitam dan biji ketumbar hingga naik bau.
  4. Biarkan semua bahan betul-betul sejuk sebelum dikisar.
  5. Kisar sehingga menjadi serbuk halus. Pastikan bahan betul-betul kering untuk elak berkulat.
  6. Simpan dalam balang kedap udara. Untuk tahan lebih lama, boleh masukkan silica gel food grade.

Kegunaan:

  • Sesuai ditabur dalam bubur, nasi goreng, sup, mi dan pelbagai masakan.
  • Selamat untuk makanan bayi berusia 1 tahun ke atas (tanpa garam).
  • Boleh dijadikan pengganti kiub pati segera komersial.

Dengan adanya serbuk homemade ini, kerja memasak jadi lebih mudah dan sihat. Rasa masakan tetap sedap, tapi bebas bahan tambahan yang memudaratkan.

Sumber: Sara Saraswathy Segaran

Baca juga: Rahsia Simpan Buah Lemon Agar Tahan Lama, 3 Bulan Pun Kekal Segar Macam Baru Beli!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN