mi segera kuah

Kalau cuaca sejuk dan hujan, memang tak ada yang lebih sedap daripada semangkuk mi segera kuah panas-panas.

Resipi ini bukan biasa-biasa sebab kuahnya padu. Ada rasa pedas, manis dan masam yang cukup seimbang.

Bahan yang diperlukan pun mudah saja, semuanya ada di dapur. Sesuai kalau lapar malam-malam atau bila nak masak cepat.

Jom tengok apakah bahan-bahan yang diperlukan serta cara penyediaan di bawah. Dijamin nak repeat masak banyak kali!

Baca juga: Resipi Mi Segera Tumis Simple, Nak Lagi Sedap Tambah 1 Sudu ‘Bahan Ini’

RESIPI MI SEGERA KUAH

mi segera kuah

Bahan-bahan:

  • 1 sudu besar bawang putih kisar
  • 2 sudu besar cili boh
  • 2 senduk sup ayam atau 1 kiub ayam + 2 senduk air
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu kecil sos tiram
  • 2 sudu besar gula
  • ½ pek Maggi Asam Laksa
  • 2 bungkus mi Maggi
  • 1 biji telur
  • Sayuran pilihan (sawi, kubis, tomato)
  • Cili merah hiris (jika suka pedas)

Cara penyediaan:

  1. Panaskan sedikit minyak, kemudian tumis bawang putih kisar hingga naik bau.
  2. Masukkan cili boh dan tumis hingga pecah minyak.
  3. Tambahkan sup ayam atau kiub ayam bersama air.
  4. Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan gula. Kacau rata.
  5. Masukkan separuh pek Maggi Asam Laksa untuk dapatkan rasa masam pedas yang seimbang.
  6. Pecahkan telur ke dalam kuah dan biarkan masak.
  7. Akhir sekali, masukkan mi Maggi bersama sayur-sayuran dan cili hiris.
  8. Bila semua dah masak elok, boleh terus dihidangkan panas-panas.

Sumber: Zara Jane Al Qadry

Baca juga: 15 Negara Paling Banyak Makan Mi Segera, Tak Sangka Malaysia Pun Tersenarai!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN