mee kolok sarawak

Mee Kolok Sarawak merupakan salah satu makanan yang wajib dicuba jika menjejakkan kaki ke bumi kenyalang.

Rata-rata gerai di Kuching ada menjual mee kolok ini. Biasanya ia dihidangkan dengan kuah sup dan juga kicap.

Kalau ada yang teringin nak rasa, tak perlu pergi jauh ke Sarawak. Jom cuba buat sendiri saja di rumah menggunakan resipi perkongsian oleh Fatyn Nur Syahira di bawah.

Baca juga: Ini Rahsia Buat Laksa Sarawak Yang Sedap, Semerbak Bau Satu Rumah!

MEE KOLOK SARAWAK

Bahan untuk mi:

  • Mi kolok
  • Kicap manis
  • Kicap pekat ABC
  • Minyak masak
  • Bawang merah

Bahan untuk sup dan hiasan:

Bahan untuk cili kicap:

  • Cili padi
  • Bawang putih

Cara memasak:

1. Celur mi sehingga lembut. Angkat dan toskan. Bila air tos dah kering, letak mi di dalam mangkuk besar.

mee kolok sarawak

2. Kemudian, tuangkan kicap udang dan kicap mudim ke dalam mi tadi. Gaul sehingga sebati. 

3. Seterusnya, goreng bawang merah sehingga garing. Taburkan ke atas mi yang sudah digaul dengan kicap tadi. Ketepikan seketika.

4. Rebus daging bersama sup bunjut sehingga empuk. Perasakan juga dengan garam dan serbuk cukup rasa secukupnya. Toskan daging dan hiris nipis.

5. Cara membuat cili kicap pula, kisar 10 biji cili padi dan 5 ulas bawang putih. Panaskan 3 sudu minyak dalam periuk, tumis bahan kisar sehingga masak. Kemudian, tuangkan 7 sudu kicap atau sehingga menjadi agak gelap. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. 

6. Apabila semua bahan sudah siap, sedia untuk menjamu selera. Letakkan mi di dalam mangkuk. Susunkan hirisan daging, daun sup, tauge celur, cili besar dan cili kicap. Selamat mencuba!

mee kolok sarawak

Kredit resipi dan gambar: Fatyn Nur Syahira

Baca juga: Resipi Sambal Ikan Gonjeng Masin, Makanan Orang Sarawak Yang Popular & Lazat!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN