creamy tomyam spaghetti

Bosan juga asyik makan spaghetti carbonara dan bolognese saja kan? Jom cuba Resipi Creamy Tomyam Spaghetti ini pula.

Jarang dibuat orang tapi rasa memang sedap dan tak muak, memang lain dari lain. Bolehlah cuba masak nanti ya. Selamat mencuba!

Baca juga: Resipi Chicken Chop Brown Sauce, Siap Dengan Coleslaw Ala KFC

Resipi Creamy Tomyam Spaghetti

Bahan-bahan:

  • 1 paket spaghetti (500g)
  • Olive oil
  • 6 ulas bawang putih
  • 1/2 biji bawang holland
  • 3 biji cili padi hijau
  • 1 batang serai diketuk
  • 15-20 ekor serai
  • 3-4 sudu besar pes tomyam (brand thai)
  • 6-8 helai daun limau purut (buang batang tengah)
  • 1 biji tomato (potong dadu)
  • 400ml whipping cream
  • 1 liter air
  • 1 sudu teh garam
  • 2 sudu teh serbuk ayam @ chicken stok
  • Daun ketumbar – hiris halus

Cara-cara:

  1. Rebus spaghetti sehingga lembut seperti pada arahan di belakang paket. Bila dah lembut, angkat dan toskan. Ketepikan dahulu.
  2. Panaskan olive oil dalam kuali, masukkan serai, bawang putih, bawang holland dan cili padi yang telah dicincang. Tumis sehingga kekuningan.
  3. Kemudian masukkan pes tomyam, udang dan daun limau purut. Kacau rata sehingga udang separuh masak dan baru masukkan tomato.
  4. Masukkan air dan whipping cream, diikuti dengan garam dan serbuk ayam.
  5. Tunggu sehingga mendidih dan rasa terlebih dahulu mengikut citarasa masing-masing.
  6. Kemudian masukkan spaghetti dan kacau sebati. Akhir sekali masukkan daun ketumbar dan siap untuk dihidang.

Selamat mencuba!

creamy tomyam spaghetti

Tips: Kalau nak berkuah, lepas masak terus dihidangkan. Bila dah suam, kuah akan meresap ke dalam spaghetti. Hidangan ini untuk 6 hingga 8 orang makan.

Kredit: Nurha Muhammad

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN