Malaysia negara yang kaya dengan pelbagai jenis buah-buahan tropika. Namun begitu, bukan semua buah mudah didapati kerana bergantung kepada musim buah tersebut.

Untuk pengetahuan anda, buah-buahan tempatan terbahagi kepada dua kumpulan buah-buahan tidak bermusim dan buah-buahan yang bermusim.

Buah-buahan yang tidak bermusim mudah diperolehi sepanjang tahun. Di antara buah tersebut adalah buah pisang, betik, nanas, jambu, belimbing, tembikai, nangka, limau manis/bali dan termasuk beberapa jenis dari klon mangga.

Buah-buahan bermusim pula boleh didapati sekali atau dua sekali setahun sahaja. Musim buah-buahan utama bermula dari pertengahan Jun hingga ke pertengahan bulan Ogos.

Musim buah-buahan kedua pula biasanya kurang jelas kerana pengeluaran hasilnya berkurangan dan biasanya dalam bulan Desember hingga Februari.

Musim-musim ini juga mungkin berlaku lebih awal atau terlewat di antara 1-2 bulan bergantung kepada tempat atau lokasi.

Baca juga: Tips Pilih Buah Anggur Yang Manis Dan Berkualiti, Fresh Macam Baru Petik!

MUSIM BUAH DI MALAYSIA

Berikut merupakan anggaran musim buah-buahan bermusim mengikut bulan:

  • Durian – Musim pertama antara bulan Februari hingga Ogos dan musim kedua Oktober hingga Disember
  • Cempedak – Februari, Mac, Ogos, September dan Oktober
  • Harum manis – Mei hingga penghujung bulan Jun
  • Rambutan – Musim pertama bulan Jun hingga Ogos, musim kedua Disember hingga Januari
  • Duku – Julai, Ogos, September dan Oktober
  • Manggis – Musim pertama antara bulan Februari hingga Ogos, musim kedua Oktober hingga Disember
  • Langsat – Bulan Julai hingga Oktober

Sumber: Jabatan Pertanian Malaysia, Homage

Baca juga: Rupanya Ini Jenis Buah & Sayur Yang Boleh Makan Tanpa Kupas, Baru Tak Membazir!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Trending