resepi mee kari ipoh

Apabila bercuti ke Perak, pasti takkan lepaskan peluang untuk merasai Mee Kari yang sedap di sana. Selepas ini, anda boleh buat sendiri di rumah dengan resepi Mee Kari Ipoh ini.

Mee Kari Ipoh adalah salah satu hidangan popular yang berasal dari Ipoh, Perak, yang terkenal dengan keunikan kuahnya yang lebih ringan dan tak terlalu pekat.

Nor Azaliza Tarmizi telah kongsikan resepi Mee Kari Ipoh di Facebook yang menarik perhatian ramai kerana kuahnya mempunyai rasa ringan dan sedap dihirup. Jom kita cuba!

Baca juga: Cara Masak Mee Bandung Simple Berkuah Pekat, Masukkan Bahan Rahsia ‘Ini’

RESEPI MEE KARI IPOH

resepi mee kari ipoh

Bahan-bahan:

  • Mee kuning, kuetiau atau bihun
  • Fishball
  • Fishcake
  • Tauge
  • Daun sup
  • Daun bawang

Bahan-bahan kuah:

  • 200gm ikan bilis tamban kering (rebus dengan 3 liter air, toskan, simpan air rebusan, ikannya dikisar halus)
  • 8 sudu makan rempah kari daging
  • 3 biji bawang besar
  • 6 ulas bawang putih
  • 5 hingga 6 sudu makan cili kisar
  • 3 batang serai (dititik)
  • 2 batang akar daun sup (diketuk)
  • 3 tangkai daun kari
  • 1 ketul kiub ikan bilis (tambahan)
  • 500gm santan
  • 1 batang kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 5 biji buah pelaga
  • 500gm tauhu pong (dipotong empat)
  • Minyak masak (untuk menumis)
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara memasak kuah:

1. Mula-mula, kisar bawang besar dan bawang putih.

2. Kemudian, tumis bahan kisar, kayu manis, bunga lawang, pelaga, serai dan daun kari sampai naik bau.

3. Selepas itu, masukkan cili kisar dan tumis sampai sedikit garing.

4. Seterusnya, masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air dan tumis sampai pecah minyak.

5. Selepas itu, masukkan ikan tamban kisar dan kacau sampai rata.

6. Masukkan air rebusan, akar daun sup dan kiub ikan bilis, kemudian rebus seketika sampai mendidih sedikit.

7. Masukkan santan dan tauhu pong, kemudian kacau sampai rata dan sebati.

resepi mee kari ipoh

8. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa, kemudian biarkan mendidih. Siap untuk dihidang!

Anda boleh hidangkan resepi Mee Kari Ipoh dengan mee kuning, kuetiau atau bihun bersama fishball, fishcake, tauge, daun sup dan daun bawang. Jika ada telur rebus, kuah akan jadi bertambah lazat.

Selamat mencuba!

Sumber: Nor Azaliza Tarmizi

Baca juga: Tips Kuah Mee Kari Yang Sedap, Wanita Ini Kongsi Rahsia Dari Air Tangan Ibunya

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN