
Musim hujan pada waktu petang membuatkan ramai teringin berbuka puasa dengan hidangan berkuah yang hangat. Oleh itu, anda boleh cuba cara masak Mee Bandung yang simple ini.
Mee Bandung adalah hidangan mee paling popular di Malaysia yang berasal dari Johor. Gandingan mee kuning bersama telur dan kuah pekat mampu membuat selera terangkat.
Cara masak Mee Bandung ini dikongsikan oleh Halimatussaadiah Sidek di Facebook bersama rahsia kuah yang pekat dan sedap dihirup. Jom kita cuba!
Baca juga: Resepi Mee Kuning Homemade ‘Gluten-Free’, Tak Pakai Tepung Gandum Pun Menjadi!
CARA MASAK MEE BANDUNG

Bahan kisar:
- 2 biji bawang besar
- 2 ulas bawang putih
- 10 tangkai lada kering (kurangkan jika tak nak pedas)
- 2 paket udang kering
Bahan-bahan lain:
- ½kg mee kuning
- Segenggam kacang tanah (goreng dan tumbuk)
- 2 sudu tepung gandum (bancuh dengan air biar cair)
- Gula
- Garam
- Ajinomoto
- Daging
- Sotong
- Udang (ikut suka)
- Sawi
- Lobak merah
- Tauhu
- Daun sup
- Bawang goreng
- Telur
Cara-cara memasak:
1. Mula-mula, tumis bahan kisar dan letak gula, kemudian tumis sampai pecah minyak.
2. Selepas itu, masukkan daging, kacang tanah dan air lebih kurang dalam 1 jug.
3. Apabila sudah mendidih, masukkan bancuhan tepung tadi bersama segala seafood yang disukai.
4. Masukkan sayur, daun sup dan bawang goreng, kemudian perasakan dengan garam dan ajinomoto atau serbuk perasa.
5. Seterusnya, masukkan telur sebiji demi sebiji (jangan pecah, biarkan saja).
6. Akhir sekali, boleh masukkan mee yang sudah dicuci bersih. Siap untuk dihidang!

Nak celur mee kuning terlebih dahulu dan letakkan dalam mangkuk, kemudian curah kuah yang sedang panas pun boleh juga. Selepas itu, hias dengan daun sup dan bawang goreng.
Cara masak Mee Bandung ini menggunakan bancuhan tepung untuk pekatkan kuah dan biasanya orang pakai tepung jagung. Jika tiada, anda boleh guna tepung gandum saja.
Selamat mencuba!
Sumber: Halimatussaadiah Sidek
Baca juga: Cara Buat Mee Rebus Simple Di Rumah, Pekena Kuahnya Memang Terangkat!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














