resepi masak cuka ikan

Resepi masak cuka ikan ini adalah hidangan yang mudah dan cepat disediakan, tetapi sangat memuaskan selera. Gabungan rasa masam, pedas, dan sedikit manis menjadikannya sesuai dinikmati bersama nasi.

Dengan bahan-bahan ringkas, hidangan ini dapat disiapkan dalam waktu singkat. Rasa masam dari cuka yang seimbang dengan kepedasan cili padi membuatkan setiap suapan terasa istimewa.

Kalau ada yang cari resipi simple tapi tetap memikat selera, maka ikan masak cuka ini memang pilihan yang tepat. Jom cuba!

Baca juga: Resipi Sup Ikan Merah ‘Power’, Masak Banyak Kali Pun Tak Rasa Bosan

RESEPI MASAK CUKA IKAN

resepi masak cuka ikan

Bahan kuah:

  • 2 ulas bawang putih, dicincang
  • 1 biji bawang merah kecil, dihiris
  • 4 keping hirisan halia
  • 1 sudu kecil biji sawi
  • 1 biji bawang besar, dipotong bulat
  • 1 batang serai, diketuk
  • 4 sudu besar cuka masakan atau ikut tahap kemasaman yang disukai
  • Beberapa batang cili padi merah
  • ½ biji timun, dipotong
  • 1 biji tomato (dibelah 6)
  • Garam, gula, dan serbuk perasa secukupnya
  • Sedikit serbuk kunyit

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak di dalam kuali, masukkan biji sawi dan biarkan biji sawi meletup-letup sebentar.
  2. Masukkan halia, bawang putih, bawang merah, dan serai. Tumis hingga keperangan.
  3. Seterusnya, masukkan air dan semua bahan berbaki satu persatu dan masak hingga terbit rasa pada kuah masam-masinnya seimbang. Setelah kuah mendidih, boleh matikan api dan sedia dihidang.

Kredit resipi dan gambar: Aisyah Humaira

Baca juga: Resipi Ikan Siakap Masak Pedas, Sekali Cuba Terus Jadi Peminat Nombor Satu!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN