chicken peratal

Ringkas tetapi sedap! Itulah gambaran bagi resipi chicken peratal yang dikongsi oleh Sheena Supramaniam. Tengok warna masakan itu sahaja sudah dapat merasai keenakan rasanya.

Resipi yang patut dicuba kerana ia cepat dan mudah. Boleh buat menu Chicken Perattal untuk makan tengah hari nanti.

Resipi Chicken Peratal

Bahan-bahan:

  • Ayam – dipotong kecil
  • Sebiji tomato
  • Daun kari sikit
  • Daun ketumbar (pilihan, tiada pun takpa)
  • 5 biji bawang kecil
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 halia saiz ibu jari
  • 1 batang kayu manis
  • 5 buah pelaga
  • 2 bunga lawang
  • ½ sudu besar jintan manis
  • 2 ½ sudu besar serbuk cili
  • 2 sudu besar serbuk kari ayam atau daging
  • 1 ½ sudu kecil serbuk kunyit
  • Garam

Cara penyediaan:

1. Kisar bawang merah kecil, bawang putih dan halia.

2. Kemudian, panaskan kuali dengan minyak kelapa dan masukkan buah pelaga, bunga lawang dan jintan manis. Masukkan juga daun kari.

3. Selepas itu, masukkan bahan yang telah dikisar tadi.

4. Masukkan sedikit air dan tumis sehingga pecah minyak.

5. Bila dah pecah minyak, masukkan ayam dan 1 1/2 sudu kecil serbuk kunyit.

6. Kacau sebati dan masukkan buah tomato.

7. Masukkan 2 1/2 sudu besar serbuk cili dan 2 sudu besar serbuk kari ayam/daging.

8. Kacau sebati dan masukkan garam. Biar ayam masak dalam api sederhana. Kacau sekali sekala. Jika terlalu kering, boleh tambah air sedikit.

9. Masukkan daun ketumbar. Kacau sebati dan biar masak dalam 5 minit lagi.

chicken peratal

10.Siap! Boleh makan dengan nasi panas, capatti, thosai, idly, roti canai, lemang, ketupat. Semua boleh.

chicken peratal

Kredit resipi & foto: Sheena Perattal Via Rasa

Baca juga: Resipi Gulai Lemak Ikan Kering Kelantan, Sedap Tak Terkata

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN