Categories: Resipi

Resipi Bubur Ayam Tumis Darat Yang Sedap Tak Terkata, Makan Sampai Licin Periuk!

Cara masak bubur ayam tumis darat ini sangat mudah dan rasanya memang tak terkata sedap! Memang boleh buat orang makan sampai licin periuk, tak tinggal setitik pun.

Bukan itu saja, resipi ini akan menghasilkan bubur ayam yang lembut, pekat, dan wangi. Dengan beberapa tips mudah, bubur juga tak melekat, tak berbiji dan teksturnya lembut serta creamy.

Baca juga: Rahsia Buat Bubur Kacang Hijau Yang Wangi & Sedap, Kena ‘Sangai’ Sebelum Rebus

CARA MASAK BUBUR AYAM TUMIS DARAT

Bahan-bahan:

  • 2 cup beras
  • 5 cawan air
  • 3 keping dada ayam
  • 3 inci halia dipotong halus
  • 2 ulas bawang putih diketuk
  • Batang daun sup
  • 800 ml ke 1000 ml air atau ikut kepekatan bubur
  • Lobak merah (potong kecil)
  • 1 sudu besar serbuk perasa
  • 3 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar lada sulah
  • 2 sudu besar minyak bijan
  • Daun sup dan daun bawang dihiris

Bahan tumis darat:

  • 2 biji bawang besar hiris nipis
  • 3 ulas bawang putih
  • Sedikit minyak

Cara-cara:

  1. Basuh beras sehingga bersih. Masak dalam periuk nasi menggunakan mod “porridge” sehingga bubur masak.
  2. Rebus dada ayam bersama halia, bawang putih dan batang daun sup dalam 1 liter air sehingga ayam masak.
  3. Angkat ayam, ketepikan dan carik isi ayam.
  4. Masukkan bubur nasi yang telah masak ke dalam periuk rebusan ayam. Tambahkan air mengikut kepekatan bubur yang diingini.
  5. Masukkan lobak merah dan isi ayam yang telah dicarik.
  6. Tambahkan kicap cair, lada sulah dan serbuk perasa. Kacau sebati dan biarkan mendidih sehingga nasi kembang dengan baik.
  7. Sentiasa kacau bubur supaya tidak melekat, teksturnya lebih cantik, tidak berbiji dan ‘creamy’.
  8. Bubur kena sentiasa kacau supaya tak melekat, teksturnya lebih cantik, tak berbiji dan ‘creamy’ elok.
  9. Panaskan sedikit minyak dalam kuali lain, tumis bawang besar dan bawang putih sehingga garing.
  10. Tuang bahan tumis ke dalam periuk bubur.
  11. Taburkan daun sup dan daun bawang, biarkan seketika supaya aromanya meresap ke dalam bubur.
  12. Gaul sebati dan bubur ayam tumis darat sedia untuk dinikmati.

Sumber: Resepi Eny Abdullah

Baca juga: Resipi Bubur Cha Cha ‘Meriah’, Isi Penuh & Kuah Jadi Lagi Pekat Bila Sejuk!

Wan N

Recent Posts

Resepi Laksam Kelantan Original, Ini Cara Buat Kuah Lemak Ikan & Sambal Jantan Paling Padu!

Kalau sebut sahaja laksam Kelantan, pasti ramai terbayangkan gabungan laksam yang lembut, kuah lemak ikan…

56 minutes ago

Resipi Kerabu Mangga Ala Kampung, Masam Pedas Rangup Memang Sedap Diratah!

Kalau ada mangga muda di rumah, apa kata cuba buat resepi kerabu mangga ala kampung…

1 hour ago

Resipi Gulai Pisang Tumis Darat Cara Orang Lama, Rasa Klasik Yang Menu Moden Tak Boleh Lawan!

Resipi gulai pisang tumis darat merupakan antara hidangan tradisional yang mungkin jarang ditemui, tetapi mempunyai…

1 hour ago

Sekali Buat Terus Dapat Apam Susu Gebu, Resipi Mudah Ini Sesuai Untuk Jamuan Anak!

Sedang mencari idea kuih yang mudah disediakan untuk jamuan akhir tahun anak-anak di sekolah? Apa…

2 hours ago

Resipi Makaroni Buttermilk Pedas Berkrim Versi ‘Confirm’ Tak Muak, Wangi Bau Daun Kari!

Resepi buttermilk pasta ini sesuai untuk penggemar hidangan pasta yang gemarkan tekstur berkrim tetapi pedas…

3 days ago

Jangan Terus Masukkan Jagung Dalam Air, Ini Cara Rebus Supaya Isinya Tak Kecut & Kekal Gebu!

Jagung rebus memang antara makanan yang sedap dinikmati begitu sahaja, lebih-lebih lagi apabila isinya masih…

3 days ago