lepat liat

Kalau sebut kuih tradisional orang Utara, mesti ramai akan teringat lepat liat. Kuih ini memang popular, terutama bila musim kenduri atau bulan puasa. Teksturnya yang kenyal dan rasa manis lemak santan memang buat kita tak cukup satu.

Istimewanya kuih ini, ia dibuat dari campuran tepung pulut, santan, gula dan inti kelapa parut. Balutan daun pisang yang harum pula menjadikan kuih ini lebih wangi bila dikukus. Sebab itu lah setiap kali terhidang di meja, cepat saja habis licin dimakan.

Walaupun nampak tradisional, cara buat lepat liat sebenarnya tidaklah susah mana. Dengan bahan yang mudah dan langkah yang betul, kita pun boleh hasilkan sendiri kuih nostalgia ini di rumah.

Baca juga: Resipi Kuih Sagu Gula Melaka Purple, Manisan Simple Tapi Nampak Cantik & Istimewa!

RESEPI LEPAT LIAT UTARA

lepat liat

Bahan adunan:

  • 3 cawan tepung pulut
  • ½ cawan santan
  • 3 sudu makan gula putih
  • 1 sudu kecil garam
  • Daun pisang secukupnya
  • Minyak masak untuk sapuan

Bahan inti kelapa:

Bahan air gula:

  • 1 cawan gula merah
  • ½ cawan air

Cara-cara membuat lepat liat:

  1. Masak gula merah bersama air hingga larut, tapis dan ketepikan.
  2. Dalam bekas lain, gaul tepung pulut bersama santan, garam dan gula putih hingga sebati.
  3. Masukkan air gula merah yang telah ditapis tadi sedikit demi sedikit, kacau hingga adunan tidak berketul.
  4. Sapukan daun pisang dengan sedikit minyak. Letakkan 2 sudu makan adunan, ratakan.
  5. Sapu minyak pada jari, tekan adunan supaya nipis. Letakkan inti kelapa di tengah.
  6. Balut dengan kemas menggunakan daun pisang.
  7. Kukus selama lebih kurang 45 minit sehingga masak.

Sumber: Mdm Seri

Baca juga: Cara Buat Kuih Lengat Pisang Kukus, Kuih Tradisional Lama Yang Jarang Orang Tahu

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN