
Sebelum ini, kami sudah kongsikan pelbagai resipi nasi dalam Resipi Campak-Campak oleh MyResipi. Kali ini, kami tunjukkan cara masak Mee Goreng Tomyam yang mudah pula.
Apabila bangun sahur, kadangkala mood nak makan sesuatu selain nasi. Oleh itu, resipi ini memang pilihan tepat untuk anda masak di rumah.
Mee Goreng Tomyam ini sangat sesuai buat mereka yang teringin makan mi, tapi pada masa yang sama sukakan tomyam juga. Jom kita cuba!
Baca juga: Nasi Ayam Sedap Simple, Cara Masak Mudah Tapi Confirm Hasil Menjadi
RESIPI MEE GORENG TOMYAM

Bahan-bahan:
- 1 paket mi kuning
- 1 sudu besar pes tomyam
- Sedikit air
- 1 biji cili merah (dihiris)
- 1 biji bawang merah (dihiris)
- Sedikit garam
- 1 ulas bawang putih (dicincang)
Cara-cara memasak:
1. Mula-mula, potong bawang merah dan bawang putih.
2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan yang telah dipotong tadi sampai naik bau.
3. Selepas itu, masukkan pes tomyam dan kacau sampai rata.
4. Masukkan sedikit air supaya tak terlalu pekat dan sedikit garam bersama cili yang telah dihiris serong.
5. Seterusnya, masukkan mi kuning (pastikan basuh dan bilas dahulu supaya tiada bau kapur).
6. Akhir sekali, gaul sampai rata dan boleh angkat. Siap untuk dihidang!
Anda boleh hiaskan Mee Goreng Tomyam dengan daun ketumbar atau daun sup mengikut citarasa tersendiri. Paling penting, ia cepat siap dan mudah dibuat untuk sahur di rumah.
Nak masak untuk keluarga tersayang, anda hanya perlu gandakan kuantiti bahan dalam resipi ini. Setelah mencubanya sekali, pasti teringin nak buat lagi.
Video penuh:
@myresipi Resipi Campak Sahur 6 | Mi Goreng Tomyam Bahan: 1 paket mi kuning 1 sudu besar pes tomyam 1 biji cili merah (hiris) 1 biji bawang merah (hiris) 1 ulas bawang putih (cincang) Sedikit air Sedikit garam #MyResipi #ResipiCampakCampak #IndahkanMemori #Ramadan2025 ♬ original sound – MyResipi
Selamat mencuba!
Sumber: MyResipi
Baca juga: Nasi Putih Telur Dadar Berinti, Resipi Sahur Cepat Siap Ini Mesti Ramai Suka
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














