Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada beberapa cara elak mengantuk yang boleh dicuba, termasuk menjaga pemakanan dan mengamalkan rutin harian yang lebih sihat.
Menariknya, daun pandan yang biasa digunakan dalam masakan turut mempunyai potensi yang pernah dikaji berkaitan metabolisme gula. Menerusi perkongsian Tengku Asmadi di Facebook, daun pandan boleh dijadikan air rendaman menggunakan cara yang cukup mudah.
Baca juga: Lelaki Kongsi Ramuan Turun Kencing Manis & Darah Tinggi Dengan Cepat, Ramai Komen Menjadi!
CARA ELAK MENGANTUK, CUBA AIR RENDAMAN DAUN PANDAN

Kajian makmal menunjukkan ekstrak daun pandan berpotensi menghalang aktiviti enzim alpha-glucosidase, iaitu enzim yang membantu memecahkan karbohidrat kepada gula ringkas.
Walau bagaimanapun, kajian ini belum membuktikan bahawa air rendaman daun pandan boleh mengawal gula dalam darah atau menghilangkan rasa mengantuk selepas makan.
Bahan-bahan:
- 1 hingga 2 helai daun pandan.
- 1 cawan air suam.
Cara penyediaan:
1. Basuh daun pandan sehingga bersih.
2. Potong kecil-kecil.
3. Masukkan ke dalam secawan air suam.
4. Biarkan selama lebih kurang 5 minit.
5. Minum selepas direndam.
5 CARA ELAK MENGANTUK SELEPAS MAKAN
Selain petua air rendaman daun pandan, cuba amalkan beberapa langkah berikut:
1. Makan secara sederhana – Elakkan mengambil hidangan terlalu banyak dalam satu masa.
2. Pilih makanan seimbang – Gabungkan protein, sayur-sayuran dan karbohidrat.
3. Minum air kosong – Pastikan badan mendapat air secukupnya.
4. Berjalan santai – Cuba berjalan selama 10 hingga 15 minit selepas makan.
5. Tidur mencukupi – Pastikan jadual tidur teratur supaya badan lebih bertenaga.
Daun pandan bukan sekadar pewangi masakan, malah mempunyai potensi menarik untuk dikaji. Namun, air rendamannya bukan pengganti rawatan perubatan. Jika rasa mengantuk berlebihan berlaku dengan kerap, dapatkan nasihat doktor.
Semoga bermanfaat!
Sumber: Tengku Asmadi
Baca juga: Ibu Dalam Pantang Nak Minum Air Roselle? Ini Khasiatnya Yang Ramai Tak Tahu Selama Ini
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM

