Resepi kuih serabaiResepi kuih serabai ini kalau sekali tengok bentuknya seperti apam. Namun, bukan dimakan bersama kelapa parut tetapi dengan kuah manis atau kuah durian.

Alang-alang masih musim durian sekarang, jom kita cuba resipi kuih serabai oleh Cik Puan Nurfazleen Najmi ini.

Kata beliau, resipi kuih serabai ini dibuat untuk berniaga di Perak dan yang berada jauh boleh cuba buat sendiri di rumah.

Baca juga: 10 Jenis Durian Di Malaysia Yang Popular, No. 5 Tu Ramai Yang Suka!

RESEPI KUIH SERABAI KUAH DURIAN 

Bahan-bahan serabai:

  • 1 cawan nasi
  • 1 cawan air
  • 2 cawan tepung beras
  • ½ cawan santan
  • ½ cawan air suam
  • ¼ cawan gula
  • 1 sudu kecil yis
  • 1 sudu kecil garam

Cara-cara:

1. Blend halus nasi dan air sehingga menjadi pes.

2. Satukan semua bahan dalam bekas besar. Kacau hingga sebati.

3. Peram adunan selama 1 jam.

4. Adunan serabai kini sedia untuk dimasak.

5. Griskan pan dengan sedikir minyak.

6. Tuang adunan dalam acuan dan tutup supaya permukaan licin.

7. Masak dalam 3 minit.

Resepi kuih serabai

Bahan-bahan kuah durian:

  • Durian (secukupnya)
  • 1 kotak kecil santan
  • Air (secukupnya)
  • 2 helai daun pandan
  • Gula (ikut citarasa)
  • Garam (sedikit)

Cara-cara:

1. Campurkan durian, santan, air, dan daun pandan dalam periuk.

2. Masukkan gula dan garam mengikut citarasa.

3. Jika suka, boleh letakkan gula melaka. Namun, saya lebih suka kuah putih, jadi saya tidak letak gula melaka.

4. Masak kuah hingga mendidih dan sebati.

Selamat mencuba! 

Sumber: Nurfazleen Najmi

Baca juga: Cucur Durian Anti Gagal, Lembut Dan Gebu Sampai Makan Berulang Kali

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN