sotong kung pao

Resipi sotong kung pao ini wajib dicuba jika anda penggemar masakan cina.

Kalau tiada idea nak masak apa menggunakan sotong, boleh cuba resipi ini pula.

Terima kasih kepada Amanda Tan yang berkongsikan cara-caranya, semoga bermanfaat!

CARA MASAK SOTONG KUNG PAO

Bahan Perap Sotong:

  • 1 sudu besar kicap cair
  • 3 ekor sotong saiz sederhana

Bahan Sos:

  • 2 sudu besar kicap pekat manis
  • 2 sudu besar kicap cair
  • 1/2 sudu teh kecil minyak bijian
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu besar gula
  • 4 sudu besar air

Bahan Masak:

  • 2 sudu besar minyak masak
  • 6 tangkai cili kering merah
  • 4 ulas bawang putih dicincang
  • 1 inchi halia dicincang
  • 3 sudu besar kacang gajus (bakar atau sangai terlebih dahulu)
  • 2 biji bawang merah besar dipotong dadu
  • 1/2 lada benggala / capsicum
  • 1 tangkai daun bawang

Cara Memasak:

1. Sotong dipotong kecil-kecil. Perapkan sotong dengan kicap cair. Perap selama 30 minit.

2. Satukan semua bahan sos. Gaul sehingga sebati dan ketepikan.

3. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, masukkan cili kering. (lap cili kering supaya minyak tak terpercik).

4. Bila warna cili kering sudah naik, masukkan bawang putih dan halia.

5. Masukkan kacang gajus supaya lebih wangi.

6. Masukkan sayur-sayuran dan bawang. Gaul sebati.

7. Kecilkan api, masukkan sos yang sudah dibuat tadi dan gaul lagi.

8. Masukkan sotong, gaul selama 2 minit jangan lama sebab sotong cepat masak.

9. Kalau kuah tak cukup gelap, boleh tambahkan kicap pekat mengikut selera masing-masing.

10. Gaul sehingga rata dan sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba!

Kredit: Amanda Tan

Baca juga: Rahsia Kari Sotong Pekat Tanpa Guna Santan, Ini Cara Memasaknya

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN