Sesiapa yang berasal dari Terengganu cukup teruja apabila dapat belajar membuat resepi Kuih Ropa yang sungguh rangup.
Buat anda yang pertama kali dengar tentang resepi Kuih Ropa, sebenarnya ia merupakan kuih yang sangat popular di Terengganu dan ramai peniaga di tepi jalan yang menjualnya.
Nak tahu bagaimana rasanya, anda boleh mengikut resepi Kuih Ropa yang dikongsikan oleh Xiyans Muhamad di Facebook ini. Jom kita cuba!
Baca juga: Kuih Apam Mekar Anti Gagal, Ini Rahsia Jadikan Hasil Kembang Cantik!
RESEPI KUIH ROPA
Bahan-bahan untuk kulit:
- 4 cawan tepung gandum
- 1 biji telur
- 2 cawan fresh milk atau susu kotak
- Air secukupnya
- Secubit garam
Bahan-bahan untuk inti:
- 4 hingga 6 biji ubi kentang (dipotong memanjang)
- 2 biji bawang holland (dipotong dadu)
- Daging atau ayam kisar (saya guna Ramly burger)
- 1½ paket kecil rempah kurma
- 8 biji cili api
- 3 ulas bawang putih
- 1 sudu makan lada hitan
- Daun kari dan rempah kasar sikit
Cara-cara penyediaan kulit:
1. Kisar telur, garam, gandum dan air dan susu sampai sebati.
2. Kacau adunan, pastikan tak terlalu pekat dan tak terlalu cair. Tambah air sedikit jika perlu.
3. Sapu sedikit minyak pada kuali (tak perlu jika guna kuali anti lekat).
4. Panaskan kuali. Tuang satu senduk adunan dan ratakan seperti telur dadar.
Cara-cara penyediaan inti:
1. Kisar cili api, bawang putih dan lada hitam, campur dengan rempah untuk jadikan pes.
2. Tumis daun kari, rempah kasar, bawang holland dalam 1 genggam. Setelah naik bau, letak pes rempah dan kacau sampai garing.
3. Masukkan satu cawan air. Apabila mendidih, masukkan daging, garam, gula dan serbuk perasa.
4. Jika rasa sudah cukup, masukkan hirisan ubi kentang, biarkan mendidih dan kacau sebati.
5. Setelah nampak ia kering, masukkan bawang besar pula. Apabila bawang kelihatan sudah layu, boleh tutup api. Sejukkan dahulu.
Cara-cara memasak:
1. Ambil satu kulit dan letakkan inti, kemudian lipat seperti kuih ketayap.
2. Panaskan minyak dan goreng sehingga garing. Angkat dan toskan. Siap untuk dihidang!
Orang dulu-dulu suka resepi Kuih Ropa dan sering memanggilnya kuih lipat kerana cara membuatnya iaitu melipat secara leper.
Walaupun bentuknya seperti popia, namun cara dalam resepi Kuih Ropa seperti buat kuih ketayap dan sedap dimakan ketika sarapan atau minum petang.
Selamat mencuba!
Sumber: Xiyans Muhamad
Baca juga: Kuih Puteri Ayu Anti Gagal, Elak Langkah ‘Ini’ Supaya Tak Bantat