Peminat kuih tradisional wajib mencuba resepi kuih cara manis ini. Ia adalah salah satu kuih yang sangat mudah disediakan dan tidak memerlukan banyak bahan.
Apa yang lebih menarik, resipi ini bukan kuih cara manis biasa kerana ia berinti gula merah. Apabila disuap ke mulut, anda akan merasai tekstur kuih yang lembut dengan inti yang manis.
Jika ada yang ingin mencuba, mari lihat apakah bahan-bahan yang diperlukan serta cara penyediaannya di bawah. Semoga bermanfaat!
Baca juga: Cara Buat Kuih Nona Manis Sedap Berlemak, Licin & Cantik Bila Keluar Dari Acuan
RESEPI KUIH CARA MANIS INTI GULA MERAH
Bahan-bahan:
- 2 cawan tepung gandum
- 1 cawan santan
- 1 cawan air daun pandan
- 1 biji telur
- Pewarna hijau (secukupnya)
- Secubit garam
- Gula merah (untuk inti)
- Minyak (untuk sapu acuan)
Cara-cara:
- Kisar semua bahan (tepung gandum, santan, air daun pandan, telur, pewarna hijau dan garam) sehingga sebati.
- Tuang adunan ke dalam bekas.
- Sediakan gula merah sebagai inti.
- Sapukan sedikit minyak pada acuan.
- Panaskan acuan dan tuang adunan ke dalamnya. Biarkan seketika sebelum memasukkan gula merah di tengahnya.
- Tutup acuan dan tunggu sehingga masak.
- Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi dan gambar: Hadirah Shafee
Baca juga: Petua Agar Kuih Koleh Kacang Tak Cepat Basi, Wajib Buat 1 Langkah Ini