Creamy Crab Croquette

Bila hanya duduk rumah, anak-anak asyik minta makanan. Makanan bergoreng seperti kentang goreng, nugget sentiasa menjadi pilihan. Kalau mahukan kelainan, ibu-ibu boleh cuba buat Creamy Crab Croquette ni.

Mudah saja nak buat. Bahan yang digunakan juga selalunya ada di dapur. Yang penting jimat duit poket tak perlu asyik beli makanan frozen di pasaraya. Kalau ada yang mahu cuba buat, lihat saja resipi perkongsian oleh Khyra Amanda di bawah. Selamat mencuba!

Baca juga: Isi Ayam Banyak? Jom Buat Sosej Homemade, Lebih Sihat Tanpa Bahan Pengawet!

Cara Buat Creamy Crab Croquette Kegemaran Anak-Anak

Bahan-bahan:

  • Isi ketam
  • Bawang merah
  • Daun bawang
  • Butter
  • Tepung gandum
  • Susu full cream
  • Telur
  • Serbuk roti

Cara-cara:

1. Mula-mula, rebuskan isi ketam sekejap. Masukkan dalam mangkuk, letak bawang merah yang dipotong dadu dan hirisan daun bawang. Ketepikan seketika.

2. Cairkan separuh butter sampai cair.

3. Masukkan tepung gandum dalam 3 hingga 4 sudu. Kacau sehingga pekat.

4. Masukkan pula sedikit susu full cream. Kacau sehingga pekat.

5. Masukkan isi ketam tadi dan gaul rata.

Creamy Crab Croquette

6. Untuk bahan terakhir, sediakan telur dan serbuk roti.

7. Bentukkan isi ketam biar bulat.

Creamy Crab Croquette

8. Kemudian celupkan dalam telur dan celupkan pula dalam serbuk roti. Ulang sebanyak 2 kali celupan supaya bebola lebih padat dan tidak pecah.

9. Sejukkan dalam peti bahagian atas dalam 1 hingga 2 jam supaya tidak hancur bila digoreng.

10. Panaskan minyak sehingga betul-betul panas. Kemudian baru gorengkan bebola tadi sehingga garing dan berwarna keemasan. Angkat dan hidangkan.

Creamy Crab Croquette

Selamat mencuba!

Creamy Crab Croquette

Kredit: Khyra Amanda

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN