Categories: Resipi

Resipi Kuih Bom Pisang Montel, Rangup Di Luar & Lembut Di Dalam

Kuih bom pisang ini kelihatan sama seperti cekodok pisang, tetapi sebenarnya tidak sama. Tekstur kuih ini rangup di luar dan lembut di dalam seperti kek pisang.

Jika ada yang belum pernah mencuba kuih bom pisang ini, jom cuba buat sendiri di rumah menggunakan resipi oleh Puan Lina Thomas di bawah. Selamat mencuba!

Baca juga: Rahsia Cekodok Pisang Gebu, Lemak Manis & Wangi! Guna Susu Cair Bukan Air Biasa

RESEPI KUIH BOM PISANG

Bahan-bahan:

  • 6 biji pisang montel
  • 6 sudu besar gula perang
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar yis
  • 1/2 sudu kecil baking soda
  • 2 1/2 cawan tepung gandum
  • Air secukupnya

Cara-cara:

  1. Lenyekkan 6 biji pisang sehingga lumat. Kemudian, letakkan gula perang dan garam. Gaul sehingga semua bahan sebati dan bercampur rata.
  2. Selepas itu, masukkan yis, baking soda, tepung gandum dan air secukupnya.
  3. Pastikan bancuhan tidak terlalu pekat dan terlalu cair. Macam bancuh adunan untuk buat cekodok.
  4. Gaul sehingga semua bahan sebati. Tutup mangkuk dengan kain dan perap selama 20 minit.
  5. Selepas 20 minit, gaul sebati sekali lagi dan goreng menggunakan api sederhana besar.
  6. Sambil goreng, lenggangkan dengan skimmer supaya bom pisang bulat dan masak sama rata.
  7. Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Lina Thomas

Baca juga: Resipi Cekodok Manis Rangup, Ini Rahsia Bulat Elok & Tak Serap Minyak

Wan N

Recent Posts

Resipi Kek Batik Lembut Tanpa Telur, Rahsia Sukatan Inilah Yang Buat Hasilnya Lebih Menjadi!

Buat kek batik tetapi hasilnya selalu keras dan susah nak digigit? Memang boleh hilang selera…

3 hours ago

Sup Miso Ala Restoran Jepun, Nikmat Letak Tauhu Lembut Serta Rumpai Laut & Kaya Probiotik!

Resepi sup miso ala Jepun ini merupakan salah satu hidangan yang sesuai untuk anda yang…

3 hours ago

Ada Lebihan Kacang Panjang? Ini 2 Cara Simpan Supaya Tahan Lebih Lama & Tak Membazir!

Kacang panjang antara sayur yang mudah digunakan dalam pelbagai masakan. Namun, jika terbeli terlalu banyak…

3 hours ago

Nasi Daging Ala Kenduri Di Kedah, Masak Dalam Rice Cooker Sahaja Tapi Daging Lembut Yakmat!

Nasi daging antara hidangan yang cukup popular, terutama ketika kenduri dan majlis istimewa. Nasi yang…

5 hours ago

Resepi Laksam Kelantan Original, Ini Cara Buat Kuah Lemak Ikan & Sambal Jantan Paling Padu!

Kalau sebut sahaja laksam Kelantan, pasti ramai terbayangkan gabungan laksam yang lembut, kuah lemak ikan…

6 hours ago

Resipi Kerabu Mangga Ala Kampung, Masam Pedas Rangup Memang Sedap Diratah!

Kalau ada mangga muda di rumah, apa kata cuba buat resepi kerabu mangga ala kampung…

7 hours ago