Categories: Resipi

Sagu Bunga Telang Gula Melaka, Manisan Lemak Manis Berwarna Biru!

Resipi pencuci mulut pada hari ini yang sangat klasik adalah sagu bunga telang. Mempunyai rasa yang sangat lemak berkrim hasil dari santan dan juga manisan gula Melaka.

Bukan setakat sedap jika dimakan sejuk-sejuk, malah warna biru lembut asli dari bunga telang membuatkan pencuci mulut ini sangat cantik untuk dihidang!

Barulah tak typical sagu yang terkenal dengan warna merah, hijau dan putih sahaja!

Jom cuba resipi perkongsian di bawah ini.

Baca lagi: Cara Buat Kek Coklat Moist Kukus, Makan Banyak Pun Tak Rasa Muak

RESIPI SAGU BUNGA TELANG GULA MELAKA

Bahan-bahan sagu

  • 2 cawan sagu
  • 6 cawan air rebusan bunga telang
  • 2 helai daun pandan

Cara penyediaan sagu

1. Masukkan air, daun pandan, dan bunga telang ke dalam periuk. Rebus hingga mendidih. Keluarkan bunga telang dan daun pandan.

2. Masukkan sagu ke dalam air rebusan bunga telang dan kacau hingga pekat. Sagu masih akan nampak seperti mata ikan pada peringkat ini.

3. Tuangkan sagu ke dalam bekas kecil yang sesuai untuk mengukus.

5. Kukus selama 15 minit sehingga sagu menjadi jernih sepenuhnya. Sejukkan sebelum dihidang.

Bahan-bahan santan

  • 1 cawan tepung beras
  • 6 cawan santan
  • Garam secukup rasa

Cara penyediaan santan

1.  Satukan tepung beras, santan, dan garam ke dalam periuk. Kacau rata sehingga campuran menjadi pekat dan berbuih.

2. Apabila santan masak, tuangkan ke atas sagu yang telah disejukkan.

Bahan-bahan air gula

  • 1 cawan air
  • 2 keping gula Melaka
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 2 helai daun pandan, disimpul

Cara penyediaan air gula

1.  Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masak sehingga gula larut sepenuhnya.

2. Tuangkan air gula ke atas sagu dan santan yang telah siap. Hidangkan sejuk untuk menikmati rasa yang terbaik.

Selamat menjamah sagu bunga telang gula melaka ini!

Sumber: Noriza Awang Hamat

Baca lagi: Coklat Moist Gebu & 11 RESIPI Topping Coklat, Tinggal Pilih Sahaja!

Aisha Qistina

Recent Posts

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

2 hours ago

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Cara Buat Mi Rebus Terengganu Untuk Hidangan Sekeluarga!

Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…

2 hours ago

Cara Buat Donat Susu Gebu, Doh Yang Sama Boleh Buat Bomboloni & Aneka Jenis Roti!

Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…

2 hours ago

Cara Elak Mengantuk Selepas Makan, Hanya Guna 2 Helai Daun Pandan Dan Secawan Air Suam!

Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…

3 hours ago

Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!

Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…

3 hours ago

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

7 hours ago