Categories: Resipi

Kuah Bakso Rasa Macam Sup Biasa? Cuba Resepi Kuah Bakso Homemade Ini, Baru Puas Makan!

Pernah makan bakso tetapi kuahnya terasa macam sup biasa? Kalau anda mahukan rasa yang lebih berperisa, resepi kuah bakso homemade ini memang boleh dicuba kerana cara membuatnya cukup mudah dan bahan-bahannya pun ringkas.

Tak perlu gunakan terlalu banyak rempah untuk menghasilkan kuah bakso yang menyelerakan. Rahsianya terletak pada bahan kisar yang ditumis sehingga wangi sebelum dicampurkan dengan air dan bebola bakso.

Baca juga: Cara Lembutkan Daging Beku Dengan 3 Bahan, 10 Minit Dah Boleh Potong Nipis

RESEPI KUAH BAKSO HOMEMADE

Resepi ini sesuai untuk yang gemarkan kuah bakso dengan rasa yang lebih ringkas tanpa aroma bunga lawang atau kulit kayu manis. Bahan asas seperti bawang, buah keras dan daun bawang sudah cukup untuk memberikan rasa serta aroma yang sedap pada kuah.

Bahan-bahan:

  • 1 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 biji buah keras
  • 1 batang daun bawang
  • 2 kiub pati lembu
  • Bebola bakso secukupnya
  • Air secukupnya
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk perasa secukupnya
  • Minyak untuk menumis

Cara-cara Penyediaan:

1. Kisar bahan

Masukkan bawang besar, bawang putih, buah keras dan batang daun bawang ke dalam pengisar.

Kisar kesemua bahan sehingga halus. Jika perlu, tambahkan sedikit air supaya bahan lebih mudah dikisar.

2. Tumis bahan kisar

Panaskan sedikit minyak dalam periuk. Masukkan bahan yang telah dikisar tadi.

Tumis menggunakan api sederhana sehingga bahan menjadi wangi dan masak. Masukkan juga kiub pati lembu dan kacau supaya sebati.

3. Masukkan air dan bebola bakso

Apabila bahan tumisan sudah naik bau dan mula pecah minyak, masukkan air secukupnya.

Kemudian masukkan bebola bakso yang telah disediakan. Biarkan kuah mendidih sehingga bebola bakso masak dan rasa kuah menjadi lebih sebati.

4. Perasakan kuah

Masukkan garam dan serbuk perasa mengikut citarasa.

Kacau dan biarkan kuah mendidih seketika. Rasa dahulu sebelum menutup api supaya tahap masinnya boleh disesuaikan.

Bakso homemade sudah boleh dihidangkan bersama bahan pelengkap pilihan.

Tips Buat Kuah Bakso Lebih Sedap:

  • Tumis bahan kisar sehingga betul-betul wangi sebelum memasukkan air. Langkah ini membantu menaikkan aroma kuah.
  • Jangan masukkan terlalu banyak air pada awalnya. Lebih mudah menambah air kemudian jika kuah dirasakan terlalu pekat.
  • Gunakan bebola bakso berasaskan daging untuk mendapatkan rasa yang lebih sesuai dengan kuah.
  • Perasakan selepas kuah mendidih. Rasa kuah mungkin berubah selepas bebola bakso dimasukkan.
  • Untuk hidangan lebih lengkap, bakso boleh dinikmati bersama mi atau bihun, sayur, daun bawang, bawang goreng dan sambal mengikut selera.

Selamat mencuba!

Sumber: Aurora Ayeshaa

Baca juga: Bihun Goreng Putih Simple, Tak Banyak Bahan Tapi Rasanya Sedap Dengan Cili Kicap

Aimi

Recent Posts

OhBulan! Paling Viral Online 2.0 Buka Undian Top 15, Ini Senarai Calon Bagi 9 Kategori

OhBulan Paling Viral Online 2.0 (OBPVO 2.0) kini membuka fasa undian Top 15 bermula 2…

5 hours ago

Mi Sup Campur Bebola, Resipi Ringkas Tapi Aroma Tumisannya Buat Tak Sabar Nak Makan!

Hujan-hujan begini memang terasa nikmat kalau dapat makan semangkuk mi sup panas-panas. Tambah pula bebola…

5 hours ago

Chicken Mushroom Soup Homemade, Sekali Buat Terus Tak Pandang Sup Dalam Tin!

Chicken mushroom soup tak semestinya perlu dibeli dalam tin kerana anda boleh menyediakannya sendiri di…

6 hours ago

Resipi Kuih Lapis Labu Mudah, Tak Guna Tepung Gandum Tapi Tetap Lembut Kenyal!

Kuih lapis labu kuning antara kuih tradisional yang menarik untuk dicuba, lebih-lebih lagi buat penggemar…

8 hours ago

Kek Mentega Simple Guna Sukatan Cawan, Lembut Gebu & Harum Semerbak Satu Rumah!

Bau kek mentega yang sedang dibakar memang cukup menggoda! Harum semerbak mentega memenuhi ruang rumah,…

9 hours ago

Resipi Kepah Masak Cili Ala Thai, Tambah Cili Padi Kalau Nak Lebih Pedas Yang Memikat Selera!

Resepi kepah masak cili ala Thai ini sesuai untuk penggemar makanan laut yang sukakan hidangan…

9 hours ago