
Sejak kebelakangan ini, ramai netizen terkejut selepas tular video individu makan mata lembu secara mentah di media sosial.
Ada yang menganggap amalan itu biasa, malah terdapat juga dakwaan mengatakan organ tersebut mempunyai manfaat tertentu untuk kesihatan tubuh badan.
Namun bagi kebanyakan orang, melihat organ haiwan dimakan tanpa dimasak memang boleh menimbulkan rasa geli dan kurang selesa.
Baca juga: Makanan Kucing Rupanya Ada Hati Babi, Halal Ke Nak Bagi Si Bulus Makan?
DAKWAAN MATA LEMBU BAIK UNTUK KESIHATAN BELUM TERBUKTI
@oshiwin There you go guys, mata moo moo #rayaaidiladha #aidiladha ♬ suara asli – 🌴 – sticker alomani🌴
Menjengah ke ruangan komen media sosial, ada individu mendakwa mata lembu mampu membantu masalah seperti asma, sakit buah pinggang dan penglihatan mata.
Bagaimanapun, sehingga kini masih belum ada kajian saintifik yang benar-benar mengesahkan dakwaan tersebut.
Pakar kesihatan turut mengingatkan bahawa pengambilan organ haiwan secara mentah boleh meningkatkan risiko jangkitan bakteria, parasit dan cacing.
Ini kerana darah dan cecair pada organ haiwan boleh menjadi medium pembiakan kuman yang berbahaya kepada tubuh badan.parasit.
INI RISIKO JIKA MAKAN MATA LEMBU MENTAH

Menurut perkongsian Public Health Malaysia, makanan mentah yang tidak dimasak dengan sempurna boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan.
Antara risiko yang mungkin berlaku termasuk:
- Jangkitan bakteria
- Keracunan makanan
- Jangkitan parasit dan cacing
- Gangguan sistem penghadaman
Sebab itu orang ramai disarankan memasak makanan menggunakan suhu tinggi bagi membunuh kuman dan parasit yang mungkin terdapat pada organ haiwan sembelihan.
Mereka juga menasihatkan masyarakat supaya tidak terlalu mudah mengikuti trend viral semata-mata untuk kandungan media sosial.
“Makanan yang nak masuk ke tubuh kita biarlah dari sumber yang bersih dan suci. Janganlah sampai mata lembu mentah ditelan semata-mata untuk content video atau untuk dapatkan manfaat yang tidak terbukti.”
APA HUKUM MAKAN MATA LEMBU?
Selain isu kesihatan, ramai juga tertanya-tanya tentang hukum makan mata lembu menurut Islam.
Menurut penjelasan Ustaz Azhar Idrus (UAI), hukum memakan organ tersebut adalah makruh kerana dianggap kotor dan jijik pada kebiasaan masyarakat.
Namun hukum itu boleh bertukar menjadi haram sekiranya pengambilannya mendatangkan mudarat atau membahayakan kesihatan tubuh badan.
Secara ringkas:
- Makruh – jika dianggap jijik oleh kebiasaan masyarakat.
- Haram – jika pengambilannya memudaratkan kesihatan.
JANGAN IKUT TREND VIRAL TANPA ILMU
Tidak semua perkara yang tular di media sosial sesuai dijadikan ikutan, lebih-lebih lagi melibatkan kesihatan dan pemakanan.
Walaupun mungkin ada yang mengamalkan petua tradisional tertentu sejak dahulu, aspek kebersihan dan keselamatan makanan tetap perlu diutamakan.
Pastikan makanan dimasak dengan sempurna sebelum dimakan bagi mengurangkan risiko jangkitan penyakit dan masalah kesihatan lain.
Semoga bermanfaat!
Sumber: oshiwin (TikTok), Public Health Malaysia (Facebook), Ustaz Azhar Idrus Official (YouTube)
Baca juga: Kertas Pembungkus Makanan Rupanya Ada Lemak Haiwan ‘Tersembunyi’, Halal Ke Nak Guna?
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














