Categories: Resipi

Resipi Kimchi Mudah Tanpa Masak Pes, Rupanya Cara Ini Dikongsi Oleh Orang Korea Sendiri

Kalau selama ini ingat resepi kimchi mesti kena masak pes terlebih dahulu, rupanya ada cara yang lebih mudah. Resipi yang dikongsikan ini hanya memerlukan bahan-bahan dikisar dan digaul bersama kubis serta sayur-sayuran sebelum diperam.

Menurut perkongsian tersebut, resipi ini sudah dibuat berkali-kali kerana rasanya sangat menepati selera. Malah, resipi asal dikatakan dikongsikan oleh seorang wanita Korea yang rajin berkongsi video masakan Korea bersama ibunya.

Menariknya, cara ini tidak memerlukan pes kimchi dimasak atas dapur. Nasi sejuk yang digunakan dalam bahan kisaran pula membantu menghasilkan pes untuk proses perapan. Bagi yang suka pedas, jumlah gochugaru boleh disesuaikan mengikut selera.

Baca juga: Resepi Tteokbokki Simple, Tak Perlu Beli Rice Cake Siap, Buat Sendiri Lagi Puas Makan

RESEPI KIMCHI MUDAH

Bahan-bahan:

  • 1 biji kubis napa atau kubis panjang
  • Garam kasar secukupnya
  • 2 senduk nasi sejuk
  • 1 biji bawang holland
  • 2 sudu besar cencaluk
  • Bawang putih
  • Halia
  • Lobak merah
  • Lobak putih
  • Daun bawang
  • Gochugaru
  • Sos ikan atau sos sotong
  • Buah pear atau epal
  • Pemanis rendah kalori, jika tidak menggunakan buah

Cara-cara penyediaan:

  1. Koyakkan kubis napa selai demi selai dan cuci sehingga bersih. Kubis juga boleh dipotong kecil terlebih dahulu.
  2. Susun kubis dalam bekas dan taburkan garam kasar secara berlapis. Masukkan air sehingga hampir paras kubis. Rendam selama 2 hingga 3 jam supaya air daripada kubis keluar.
  3. Selepas itu, bilas kubis dengan air bersih untuk membuang lebihan garam. Toskan dan perah kubis supaya lebihan air keluar. Masukkan ke dalam bekas besar.
  4. Masukkan 2 senduk nasi sejuk, 1 biji bawang holland, bawang putih dan halia ke dalam pengisar. Kisar sehingga menjadi pes.
  5. Jika ada buah pear atau epal, boleh masukkan sekali ke dalam pengisar untuk memberikan rasa manis semula jadi. Jika tiada, gunakan sedikit pemanis rendah kalori mengikut citarasa.
  6. Potong lobak merah, lobak putih dan daun bawang. Masukkan semuanya ke dalam bekas berisi kubis.
  7. Tuangkan bahan yang telah dikisar tadi ke dalam bekas.
  8. Masukkan 2 sudu besar cencaluk dan sos ikan atau sos sotong secukupnya.
  9. Tambahkan gochugaru mengikut tahap kepedasan yang disukai. Gochugaru merupakan antara bahan penting untuk memberikan rasa pedas dan warna merah pada kimchi.
  10. Gaulkan semua bahan sehingga kubis dan sayur-sayuran disalut rata dengan pes.
  11. Masukkan kimchi ke dalam bekas bersih. Biarkan pada suhu bilik semalaman untuk proses perapan.
  12. Keesokan harinya, buka penutup bekas seketika untuk melepaskan gas yang terhasil. Tekan-tekan kimchi supaya bahan kembali padat, kemudian simpan di dalam peti sejuk.

Kimchi ini boleh terus dinikmati atau dibiarkan lebih lama dalam peti sejuk mengikut tahap kemasaman yang disukai. Untuk rasa yang lebih sebati, kimchi biasanya akan menjadi semakin masam selepas beberapa ketika diperam.

Sumber: Facebook

Baca juga:Resipi Butter Tteok Viral Ala Korea Rangup Di Luar & Lembut Kenyal Di Dalam, Memang Tak Cukup Makan Sebiji!

Wan N

Recent Posts

Ini Sukatan Bancuhan Ikan Celup Tepung Terengganu Yang Menjadi, Rangup Berhabuk Elok!

Terasa rindu nak makan ikan celup tepung Terengganu, tetapi kesibukan kerja membuatkan kita tak selalu…

2 hours ago

Cara Mudah Buat Penyaram Pandan, Perap Semalaman Rahsia Kuih Jadi Lebih Lembut!

Kuih penyaram pandan antara kuih tradisional yang menarik untuk dicuba, terutama bagi penggemar kuih berasaskan…

2 hours ago

Puding Tutti Frutti Untuk Jamuan Kelas Akhir Tahun, Resipinya Mudah & Tak Perlu Banyak Bahan

Kalau sedang mencari idea pencuci mulut untuk jamuan kelas anak-anak, boleh cuba buat puding tutti…

2 hours ago

Terung Bakar Cicah Telur Separuh Masak, Nampak Biasa Tapi Ramai Suka Gabungan ‘Rare’ Ini!

Kadangkala, hidangan yang paling ringkas itulah yang paling membuka selera. Terung bakar yang dipetik segar…

2 hours ago

Konon Nak Selamatkan Nasi Hampir Basi, Tapi Cara Peniaga Ini Guna Plastik Beras Buat Ramai Risau

Tindakan seorang lelaki yang berkongsi cara mengukus semula nasi hampir basi menggunakan plastik pembungkus beras…

2 hours ago

Resipi Kuih Tepung Bungkus, Sekali Gigit Terus Rasa Inti Kelapa Manis Bersalut Tepung Beras Lemak!

Resepi kuih tepung bungkus antara kuih tradisional yang mempunyai peminatnya tersendiri. Gabungan inti kelapa manis,…

4 hours ago