butter tteok

Butter Tteok ialah pencuci mulut yang kini sedang viral dari Korea Selatan. Teksturnya rangup di luar, lembut dan kenyal di dalam hasil gabungan tepung pulut serta mentega yang harum. Sekali cuba, memang dijamin jatuh cinta!

Resipi ini cukup mudah, hanya guna bahan asas di dapur saja tapi hasilnya memang padu. Sesuai untuk anda yang sudah mencuba resipi viral, yang ini memang wajib masuk dalam senarai.

Selain itu, cara membuatnya juga tak perlu teknik yang rumit pun. Hanya perlu kacau, bancuh adunan dan bakar dalam oven saja. Lagi sedap kalau makan panas-panas!

Baca juga: Ini Cara Buat Roti Goreng Ayam Cheese Meleleh Viral Di TikTok, Rangup Di Luar Lembut Di Dalam!

RESIPI BUTTER TTEOK

butter tteok

Bahan-bahan:

  • 200 ml susu segar
  • 30 gram butter
  • 50 gram gula
  • Sedikit garam
  • 1/2 sudu makan esen vanilla
  • 1 biji telur
  • 160 gram tepung pulut

Cara-cara penyediaan:

  1. Panaskan susu segar dalam periuk dengan api sederhana. Masukkan butter dan kacau sehingga butter cair sepenuhnya.
  2. Dalam mangkuk lain, satukan gula, garam, esen vanila dan telur. Kacau menggunakan whisk tangan sehingga sebati.
  3. Tuangkan campuran susu dan butter ke dalam mangkuk tadi. Kacau lagi sehingga semua bahan bercampur rata.
  4. Masukkan tepung pulut sedikit demi sedikit sambil dikacau perlahan hingga adunan sebati dan tidak berketul.
  5. Tapis adunan untuk mendapatkan tekstur yang lebih halus dan licin.
  6. Sapukan sedikit butter pada acuan (boleh guna acuan kuih cara atau acuan cupcake kecil).
  7. Tuangkan adunan ke dalam acuan, jangan isi terlalu penuh.
  8. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan. Bakar pada suhu 180°C hingga 185°C selama 30 hingga 40 minit, bergantung pada saiz acuan.
  9. Bila permukaan sudah keperangan dan masak, keluarkan dari oven dan biarkan sejuk sedikit sebelum dihidangkan.
@shenidaily

Butter rice cake aka butter tteok! Enak & gampang pula cm aduk2🤤

♬ A calm and warm healing song inspired by the farm – Akito orchestra

Sumber: TikTok @shenidaily

Baca juga: Resepi Puding Quesillo Viral, Gebu & Creamy, Buat Sendiri Di Rumah Lebih Puas Hati!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN