Categories: Resipi

Resepi Cucur Jagung Manis 5 Bahan, Makan Panas-Panas Dengan Kopi Memang Ngam!

Kalau sedang mencari resepi cucur jagung manis yang mudah dan tak menggunakan banyak bahan, boleh cuba resipi ini. Hanya 5 bahan diperlukan untuk menghasilkan cucur yang sedap, rangup di luar dan lembut di dalam.

Menurut perkongsian Noor Suhadha di Facebook, cucur jagung ini memang sedap dinikmati ketika masih panas. Lebih-lebih lagi kalau makan bersama secawan kopi atau teh O, memang ngam untuk sarapan atau minum petang.

Baca juga: Cara Membuat Cucur Sayur Guna Tepung 1kg, Sekali Buat Memang Dapat Banyak

RESEPI CUCUR JAGUNG MANIS 5 BAHAN

Resipi ini cukup mudah disediakan kerana bahan-bahannya ringkas dan mudah didapati. Jagung manis menjadi bahan utama, manakala tepung beras membantu memberikan tekstur cucur yang lebih rangup selepas digoreng.

Bahan-bahan:

  • 1 ½ cawan tepung naik sendiri
  • 2 tongkol jagung
  • 2 sudu besar tepung beras
  • 2 sudu besar gula pasir
  • Air panas secukupnya

Cara-cara penyediaan:

1. Hiris biji jagung daripada tongkol terlebih dahulu.

2. Masukkan tepung naik sendiri, jagung, tepung beras dan gula pasir ke dalam mangkuk.

3. Tuangkan air panas sedikit demi sedikit sambil dikacau sehingga semua bahan sebati.

4. Biarkan adunan seketika.

5. Panaskan minyak dalam kuali.

6. Ambil adunan menggunakan scoop aiskrim atau tangan.

7. Masukkan adunan ke dalam minyak panas dan goreng sehingga masak serta garing.

8. Angkat dan toskan minyak sebelum dihidangkan.

Tips buat cucur jagung lebih sedap:

  • Jika menggunakan tepung gandum biasa, tambahkan sedikit baking powder ke dalam adunan.
  • Masukkan air panas sedikit demi sedikit supaya adunan tidak terlalu cair.
  • Pastikan minyak sudah cukup panas sebelum mula menggoreng.
  • Jangan masukkan terlalu banyak adunan dalam kuali supaya cucur masak sekata.
  • Goreng sehingga bahagian luar kelihatan garing untuk mendapatkan tekstur yang lebih sedap.

Cucur jagung ini paling sedap dinikmati ketika masih panas. Dengan rasa manis jagung dan tekstur yang garing di luar, memang sesuai dijadikan kudapan ringkas bersama kopi atau teh O.

Selamat mencuba!

Sumber: Noor Suhadha

Baca juga: Cara Buat Kuih Masalode Ikut Resipi Arwah Mak…Rangup Di Luar, Dalam Tak Keras!

Aimi

Recent Posts

Resipi Tauhu Lembut Kukus, Snek Ringan Untuk Teman Layan Filem Sampai Tak Sedar Dah Habis

Resepi tauhu lembut kukus ini sesuai dijadikan snek sambil menonton filem selepas waktu bekerja. Tekstur…

6 hours ago

Cara Pilih Buah Jambu Batu Yang Rangup, Manis & Kurang Biji, Rupanya Tengok Warna Kulit!

Buah jambu batu yang rangup, berjus dan manis memang sedap dimakan begitu sahaja. Lagi-lagi kalau…

7 hours ago

Cara Simpan Bawang Putih Frozen, Buat Macam Ini Tak Perlu Cincang Setiap Kali Masak

Kalau selalu rasa leceh nak kupas dan cincang bawang putih setiap kali masuk dapur, ada…

7 hours ago

Kek Guna Marjerin Pelangi, Lagi Lama Disimpan Lagi Lembut & Moist Bila Makan!

Kalau suka kek yang lembut dan moist, kek guna marjerin pelangi ini memang boleh dicuba.…

8 hours ago

Resipi Singgang Ikan Tongkol Ala Terengganu, Lauk Ringkas Bila Nak Masak Cepat Tapi Tetap Sedap

Resipi singgang ikan tongkol ala Terengganu ini sesuai sangat dijadikan menu tengah hari. Bahan-bahannya pula…

8 hours ago

Resipi Cencaru Sumbat Kelapa, Inti Berempah Memang Buat Nak Tambah Seekor Lagi!

Resipi cencaru sumbat kelapa ini sesuai untuk peminat lauk ikan yang kaya dengan aroma dan…

10 hours ago