apam tapai nasi

Kalau ada lebihan nasi di dapur, jangan terus buang. Boleh tukar jadi apam tapai nasi yang lembut, gebu dan wangi. Resipi tradisional ini bukan saja jimat, malah memang sesuai dijadikan sarapan anak-anak atau minum petang keluarga.

Ramai suka apam tapai nasi sebab teksturnya ringan, tak padat dan rasa manisnya cukup-cukup saja. Bila kukus, apam akan merekah cantik di bahagian atas, memang menggoda selera!

Baca juga: Apam Kampung Gebu Perisa Pandan, Lembut & Naik Cantik Bila Dikukus

RESIPI APAM TAPAI NASI GEBU LEMBUT

apam tapai nasi

Bahan-bahan untuk tapai nasi:

  • 2 cawan nasi sejuk
  • ½ ketul ragi tapai
  • 3 sudu besar gula

Bahan-bahan untuk adunan apam:

  • 1 cawan tapai nasi (yang telah diperam 24 jam)
  • 1 cawan gula pasir
  • 2 cawan air
  • 3 cawan tepung beras
  • 1 paket Eno biru
  • Pewarna makanan (ikut citarasa)

Cara-cara penyediaan:

1. Gaulkan nasi sejuk bersama ragi dan gula. Peram selama 24 jam sehingga nasi menjadi tapai yang lembut dan berair sedikit.

2. Masukkan tapai nasi, gula, air dan tepung beras ke dalam pengisar. Kisar hingga halus. Tak perlu tapis. Kemudian peram semalaman untuk hasil yang lebih gebu.

3. Keesokan pagi, kacau adunan dan masukkan Eno. Kacau hingga berbuih. Letakkan pewarna pilihan dan biarkan 5 minit.

4. Panaskan acuan dalam pengukus terlebih dahulu. Tuang adunan dan kukus selama 15 minit dengan api sederhana. Siap!

Tips Supaya Apam Tapai Nasi Naik Cantik

  • Gunakan ragi tapai yang masih aktif
  • Peram adunan secukupnya untuk tekstur lembut
  • Panaskan acuan sebelum mengukus
  • Jangan buka penutup kukus terlalu awal

Apam tapai nasi memang pilihan terbaik untuk sarapan pagi hujung minggu. Hidang bersama kopi atau teh panas, memang lengkap. Anak-anak pun suka sebab lembut dan tak terlalu manis. Kalau dah cuba sekali, pasti nak buat lagi.

Selamat mencuba!

Sumber: Azah Aziz

Baca juga: Cara Buat Kuih Apam Gula Hangus Versi Mini, Hasilnya Gebu Luar Biasa!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN