Categories: Resipi

Wanita Ini Kongsi Resipi Kerabu Sardin Yang Lazat, Suami Siap Suruh Jual!

kerabu sardinkerabu sardin

Seorang pengguna Facebook bernama Puan Shenn telah berkongsikan satu resepi kerabu sardin yang sangat lazat.

Menurutnya, resipi ini sangat digemari oleh suami dan anak-anaknya. Makan dengan nasi panas boleh bertambah-tambah dibuatnya!

Cara penyediaannya juga tidak susah mana. Hanya perlu mencampurkan ikan sardin dan ikan bilis yang sudang digoreng beserta bahan-bahan lain.

Kalau ada yang nak cuba, ikuti saja resipi lengkap di bawah. Semoga bermanfaat!

Baca juga: Resipi Kerabu Bunga Kantan, Sangat Mudah & Tak Renyah Pun Nak Buat

RESIPI KERABU SARDIN

Bahan-bahan:

  • 1 tin ikan sardin (goreng sekejap)
  • Ikan bilis (goreng sehingga garing)
  • 1 biji bawang besar (potong dadu)
  • 1 biji tomato (potong dadu)
  • 10 biji cili pagi (hiris kecil)
  • 1 biji limau nipis (ambil jus sahaja)
  • Garam
  • Gula

Cara-cara:

1. Goreng sekejap ikan sardin. Kemudian angkat ke dalam pinggan dan cincang sehingga hancur. Kemudian perahkan dengan air limau kasturi.

2. Kemudian, masukkan semua bahan-bahan lain kecuali ikan bilis. Gaul sebati.

kerabu sardinkerabu sardin

3. Akhir sekali baru masukkan ikan bilis yang sudah digoreng sehingga garing. Gaul lagi sehingga sehingga semuanya bercampur rata.

4. Sedia untuk dihidangkan. Sedap dimakan dengan nasi panas. Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Puan Shenn

Baca juga: Cara Buat Kerabu Pucuk Paku Tauge & Kerang, Pasti Terangkat Tak Cukup Sepinggan!

Nasiha

Recent Posts

5 Jenis Makanan Kena Elak Ketika Sahur, Rugi Makan Banyak Tapi Tetap Rasa Lapar!

Makanan sahur memainkan peranan penting dalam memastikan tubuh kekal bertenaga sepanjang hari ketika berpuasa. Pemilihan…

2 days ago

Cara Buat Acuan Tepung Pelita Tanpa Lidi Dan Stapler, Lebih Selamat Makan!

Pernah kecoh tentang Tepung Pelita yang mempunyai stapler, jadi ramai takut untuk beli kuih ini.…

2 days ago

Cara Simpan Kurma Supaya Tahan Lama, Sedap Dan Segar Tak Hilang Walau Berbulan

Setelah lama menantikan bulan Ramadan, akhirnya bulan mulia ini tiba jua. Apa yang pasti, kurma…

2 days ago

Resipi Susu Kurma Untuk Sahur, Rahsia Kekal Kenyang & Bertenaga Sepanjang Hari

Bulan puasa memang memerlukan tenaga yang cukup untuk seharian berpuasa, kadang-kadang kita akan rasa lemah…

2 days ago

Resipi Mi Goreng Basah Yang Pekat Elok, ‘Berlemoih’ Mulut Bila Makan!

Mee goreng resepi yang dikongsi ini memang tak akan mengecewakan! Setiap suapan pasti buat kita…

2 days ago

Rahsia Nasi Goreng Telur Campak-Campak Jadi Sedap, Masukkan Bahan ‘Ini’

Jika anda mempunyai lebihan nasi yang banyak tapi tak sempat nak buat hidangan lauk, kena…

2 days ago