Bulan puasa memang memerlukan tenaga yang cukup untuk seharian berpuasa, kadang-kadang kita akan rasa lemah dan lesu. Namun, ada satu minuman yang mudah disediakan dan sangat berkhasiat untuk bantu kekalkan tenaga sepanjang hari, iaitu susu kurma!
Resepi ini sangat mudah dan cepat, hanya menggunakan tiga bahan utama yang kita semua mudah dapatkan. Susu ini bukan sahaja sedap, malah kaya dengan pelbagai manfaat buat tubuh badan.
Buah ini terkenal dengan khasiatnya yang dapat memberi tenaga, manakala susu segar pula membantu memberikan kalsium dan tenaga tambahan. Bila digabungkan, kedua-duanya menjadi minuman yang sangat sesuai untuk diminum ketika sahur, supaya kita lebih bertenaga dan kenyang lebih lama.
Anda boleh sediakan susu kurma ini malam sebelum tidur dan nikmatinya ketika sahur. Selain membantu menambah tenaga, ia juga boleh jadi pemanis mulut yang menyegarkan!
Baca juga: Cara Buat Pati Kurma Untuk Sahur, Nak Minum Tinggal Gaul Dengan Susu Saja!
Bahan-bahan:
Bilangan kurma boleh disesuaikan mengikut citarasa, tetapi sebaiknya gunakan bilangan ganjil.
Cara-caranya:
Jangan lupa selawat ke atas Nabi dan mohon Allah permudahkan puasa kita. InsyaAllah, perut kenyang dan badan kekal bertenaga sepanjang hari.
Sumber: Facebook
Baca juga: Cara Makan Kurma Lain Dari Lain, Sedap Sungguh Rasa Lemak Butter & Rangup Kacang!
Tular satu rakaman memaparkan beberapa ekor tikus didakwa meratah ayam mentah yang direndam di dalam…
Daun selasih dan daun kesum antara bahan masakan yang sering digunakan untuk menaikkan aroma serta…
Bayam tajam dan bayam bulat merupakan antara sayuran hijau yang mudah ditemui di pasar basah…
Hidangan goreng kunyit biasanya menggunakan ayam atau daging sebagai bahan utama. Namun, resipi ikan salmon…
Resepi biskut semperit susu ini antara pilihan yang boleh dicuba jika sedang mencari biskut yang…
Kalau biasa menikmati cucur atau kuih tradisional sebagai hidangan minum petang, apa kata cuba pula…