Categories: Resipi

Kek Yogurt Cheese Strawberry Lembut Dan Gebu, Sedap Makan Sejuk-Sejuk!

Bagi ibu-ibu yang pening tak tahu nak bagi anak makan pemanis mulut apa hujung-hujung minggu, jomlah cuba resipi Kek Yogurt Cheese Strawberry ini. Pasti anak-anak suka!

Selepas buat, simpan dalam peti sejuk. Biarkan kek ini sejuk dulu sebelum dinikmati. Kalau dimakan sejuk-sejuk kek perasa yogurt ni, memang feeling habis. Mesti anak-anak repeat banyak kali buka peti sejuk untuk menikmatinya.

Baca juga: Serabi Pandan Kuah Kinca, Penkek Tradisional Indonesia Yang Boleh Dicuba

Ikuti resipi yang dikongsikan oleh Cik Puan Iedaa Jahaya. Tengok sajalah bahan-bahan yang digunakan dan kejadian keknya yang gebu cantik, rasanya juga pasti sedap.


RESIPI KEK YOGURT CHEESE STRAWBERRY

Bahan-bahan yang diperlukan:

Cara-cara membuat kek:

1. Mula-mula sediakan bekas yang mudah untuk mixerkan bahan.

2. Masukkan cream cheese dan 60 gram gula kastor ke dalamnya. Pukul dengan mixer hingga kembang.

3. Kemudian masukkan kuning telur dan sambung semula mix. Pukul juga sehingga telur kembang. Agak dah kembang boleh stop mix.

4. Masukkan pula yogurt dan mix sekejap je. Ayak tepung dan masukkan sikit demi sikit ke dalam adunan. Dalam masa yang sama masukkan terus whipping cream.

5. Sambil-sambil tu kacau dengan teknik kaup balik. Dah sekata boleh ketepikan sekejap. 

6. Dalam bekas lain, masukkan telur putih. Pastikan telur putih ni tak ada langsung telur kuning atau terkena air padanya. Mix telur putih ni sehingga sedikit berbuih.

7. Kemudian masukkan baki 80 gram gula kastor dan sambung mix sampai kental dan bertanduk. Nak tau bertanduk, boleh cuba tonggengkan bekas. Kalau buihnya tak jatuh, itu tandanya adunan tu bertanduk.

8. Selepas tu masukkan adunan ni ke dalam bekas adunan tepung yang mula-mula kita mix tadi. Masukkan sikit demi sikit sambil kacau guna teknik kaup balik.

9. Sediakan loyang saiz 8 inci. Sapukan sikit marjerin dan alas dengan baking paper.

10. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan titiskan Hershey strawberi tompok-tompok di sekitar permukaan adunan. Loret-loretkan sikit menjadi corak.

11. Lepas tu sediakan juga loyang yang lebih besar dari saiz yang kita gunakan. Isikan air panas di dalamnya.

12. Masukkan loyang yang ada adunan kek ke dalam loyang yang berisi air tadi. Kita nak bakar guna teknik water bath. Biarkan ½ loyang tenggelam ke dalamnya.

13. Sambil tu panaskan oven dan bakar dalam suhu 170 api atas bawah selama 1 jam 10 minit.

14. Boleh check menggunakan lidi kecil dengan cucuk ke dalam kek. Kalau tak ada adunan tepung melekat kat lidi, tandanya kek dah masak.

15. Selepas dah masak, keluarkan dari oven. Tunggu beberapa minit dan kemudian masukkan dalam peti sejuk selama 2 jam.

16. Potong dan sedia dihidangkan.


Selamat mencuba resipi Kek Yogurt Cheese Strawberry ini.

Baca juga: Kek Fruit Pastry Cara SIMPLE, Kek Viral Tahun 2010 Dah Trending Balik!

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Ini Cara Masak Sup Ayam Claypot Ala Kedai Yang Panasnya Tahan Lama, Nikmat!

Cara masak sup ayam menggunakan periuk claypot sesuai untuk anda yang gemar menikmati hidangan berkuah…

2 hours ago

Cara Hilangkan Bau Bawang Pada Tangan Selepas Memasak, Ini 5 Petua Mudah Yang Boleh Dicuba

Bau bawang yang melekat pada tangan selepas memasak memang boleh mengganggu, lebih-lebih lagi apabila baunya…

3 hours ago

Resipi Kari Ikan Bawal Emas Berkuah Pekat Dan Berlemak, Memang Surrr!

Kari ikan bawal emas sesuai dijadikan menu makan tengah hari bersama keluarga. Kuahnya yang pekat…

4 hours ago

Resipi Kek Marble Mudah, Tak Sangka Guna 4 Bahan Saja Dah Boleh Jadi Secantik Ini!

Nak buat kek marble sendiri di rumah? Resipi kek marble mudah ini boleh dicuba kerana…

5 hours ago

Resipi Sup Tofu Pecah Telur, Hirup Kuah Panas-Panas Memang Tak Puas Semangkuk!

Resepi egg drop soup antara hidangan berkuah yang boleh dicuba untuk menu makan tengah hari…

5 hours ago

Resipi Panna Cotta ‘Inspired By’ Daripada Wedding BASS, Rasa Lemak Berkrim!

Terinspirasi daripada majlis perkahwinan Bella Astillah dan Syed Saddiq yang dikenali sebagai wedding BASS, Nor…

5 hours ago