resepi kerabu pucuk paku

Sedap sungguh resepi kerabu pucuk paku tauge dan kerang ni. Ratah satu besen pun pasti habis, memang tak pandang kiri kanan.

Cara membuatnya cukup mudah dan dijamin puas hati bila dah makan. Yang penting perlu campur aduk semua bahan sehingga sebati dan secukup rasa.

Jom lihat resipi lengkap yang dikongsikan oleh Intan Syahira di bawah. Selamat mencuba!

Baca juga: Resipi Kerabu Ayam Goreng Ini Cukup Rasa Masam, Manis & Pedas, Sedap Ratah!

RESEPI KERABU PUCUK PAKU KERANG

Bahan-bahan:

  • Pucuk paku (rebus seketika)
  • Tauge (rebus seketika)
  • Kerang (rebus)
  • Cili padi 8 biji
  • Cili merah besar 1 bini
  • Sedikit belacan
  • Kerisik 2 sudu besar
  • Bawang besar 1 biji (dihiris)
  • Santan pekat agak-agak (masak sekejap)
  • Sedikit air asam jawa
  • Garam
  • Gula
  • Serbuk perasa
  • Berasn yang disangai dan kisar halus

Cara penyediaannya:

  1. Tumbuk cili padi bersama belacan. Ketepikan.
  2. Dalam bekas lain, isi pucuk paku (hiris), tauge, kerang dan bawang besar. Gaul sehingga rata.
  3. Kemudian, masukkan kerisik, beras yang disangai dan dikisar, cili padi, cili merah dan sedikit air asam jawa.
  4. Letakkan juga garam, gula, serbuk perasa dan santan pekat. Gaul lagi sehingga bercampur rata.
  5. Kalau dah seimbang rasa masa, manis, masin dan pedas, sedia untuk dihidangkan.
  6. Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Intan Syahira

Baca juga: Resipi Kerabu Suhun Ala Thai, Rasa Masam Manis Kecur Air Liur Dibuatnya!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN