chef burak sakit

Siapa saja yang tidak kenal chef selebriti berasal dari Turkey, Chef Burak Özdemir atau lebih dikenali sebagai CZN Burak yang popular di media sosial kerana gemar memasak hidangan bersaiz besar sambil tersenyum di hadapan kamera.

Chef Burak Derita Tumor Otak

Baru-baru ini, Chef Burak telah mengejutkan ramai peminatnya apabila dia dikhabarkan menghidap tumor otak. Chef terkenal ini juga ada memuat naik video di TikTok yang memperlihatkan dirinya sedang baring sambil menggunakan alat bantuan pernafasan.

Di dalam video tersebut turut kelihatan berat badan Chef Burak semakin susut dan wajahnnya cengkung. Namun apa yang lebih merisaukan peminat adalah kapsyen yang ditulisnya itu seolah-olah dia menitipkan pesanan terakhir.

Andai anda kehilangan saya suatu hati nanti, ingat lah saya dengan melihat semua kebaikan, kerja kebajikan serta video-video memasak yang pernah saya buat sebelum ini.

‘Andai Anda Kehilangan Saya Suatu Hari Nanti..’

@cznburak

❤️❤️❤️🤲🤲🤲

♬ follow me – paidaly.zat

Dalam pada itu, ramai yang menitipkan doa buat Chef Burak supaya cepat sembuh. Netizen dari serata dunia sempat memberikan kata-kata semangat dan berharap agar Chef Burak dapat kembali tersenyum seperti sedia kala.

Sumber: cznburak

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN