PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2020-12-07 05:44:45

Ibu-ibu mesti dah buntu nak buat apa untuk minum petang betul tak? Maklumlah anak-anak semua cuti jadi asyik nak makan je la bila duduk rumah. Kalau ikutkan hati nak buat cekodok je setiap petang tapi anak-anak pula cepat jemu. Jadi apa kata kita upgrade sikit minum petang anak-anak dengan mencuba resepi Makaroni Bergedi Cheese dan Cili Colek yang dikongsikan oleh Julia Aleen Aireish di Facebook.

 

 

Kredit: Julia Aleen Aireish

 

Bahan A:

  • 200gm macaroni direbus hingga lembut
  • 1 keping dada ayam dicincang halus
  • 3 biji kentang direbus empuk dan dilenyek halus
  • 1 pokok daun bawang diracik halus
  • 1 pokok daun sup diracik halus
  • 1 biji cabai besar diracik halus
  • 1/2 biji bawang holland diracik halus
  • 1 kiub ayam
  • 30gm cheddar cheese diparut

 

Bahan B salutannya :

  • 2 biji telur
  • 5 sudu makan tepung jagung dibancuh dengan sedikit air (lebih kurang 4 sudu air)

 

Kredit: Julia Aleen Aireish

 

Cara-caranya :

1. Satukan semua bahan A, aduk sebati.

2. Kepalkan dan bulat-bulatkan ikut saiz kesukaan. Buat hingga habis.

3. Dalam bekas lain kacau telur, sediakan juga bancuhan tepung jagung.

4. Pastikan minyak telah panas, ambil satu bergedil celup dalam bancuhan tepung jagung dahulu, kemudian celup ke dalam telur terus masukkan ke dalam kuali goreng hingga masak kekuningan.

5. Angkat dan toskan minyak sedia dihidang.

 

 

Kredit: Julia Aleen Aireish

 

Cili Colek

  • Bahan-bahan :
  • 1 cawan cili sos
  • 1 ulas bawang putih diketuk
  • 1/2 cawan air
  • 1 sudu makan gula merah
  • 2 sudu besar bijan yang telah dipanggang

 

Cara-caranya :

1. Satukan semua bahan dalam kuali kecuali bijan, masak likat.

2. Letak bijan, sebatikan siap.

 

 

Kredit: Julia Aleen Aireish

 

Selamat Mencuba

Kredit: Julia Aleen Aireish