Categories: Resipi

Resipi Kerabu Pegaga, Gaul Dengan Kelapa Sangai Sampai Kering Baru Lagi Sedap

Bila nampak pegaga segar, terus terbayang kerabu yang masam, pedas dan rangup. Kalau suka makan ulam, resepi kerabu pegaga ini memang boleh masuk dalam senarai untuk dicuba.

Tak perlu banyak bahan untuk hasilkan kerabu ini. Pegaga digaul bersama kelapa, ikan bilis, cili, bawang dan belacan sebelum diperah dengan limau kasturi.

Paling best, cara membuatnya pun tak rumit. Kelapa dan bahan tumbuk cuma perlu disangai sekejap tanpa minyak sebelum semua bahan dicampurkan. Siap, boleh terus makan dengan nasi panas.

Baca juga: Resipi Kerabu Sotong, Nampak Ringkas Tapi Ada ‘Petua’ Supaya Tekstur Kekal Lembut & Tak Liat

RESEPI KERABU PEGAGA

Bahan-bahan A:

  • 100 gram pegaga
  • 1 biji bawang besar (dihiris)
  • 1 mangkuk kecil kelapa putih
  • 3 biji limau kasturi

Bahan-bahan B:

  • ½ biji bawang besar (dipotong dadu)
  • 2 tangkai cili merah (dihiris)
  • 50 gram ikan bilis
  • Sedikit belacan
  • Secubit garam

Cara-cara penyediaan:

  1. Hiris daun pegaga. Jangan hiris terlalu halus supaya teksturnya masih terasa ketika dimakan.
  2. Tumbuk bahan B yang terdiri daripada bawang besar, cili merah, ikan bilis dan belacan bersama secubit garam sehingga sebati.
  3. Panaskan kuali dengan api sederhana. Masukkan bahan yang telah ditumbuk tadi. Tidak perlu masukkan minyak.
  4. Masukkan kelapa putih dan gaulkan bersama bahan tumbuk sehingga sebati.
  5. Teruskan menggaul sehingga kelapa nampak kering.
  6. Masukkan bawang besar yang telah dihiris bersama pegaga.
  7. Perahkan 3 biji limau kasturi ke dalam kuali dan gaul rata semua bahan.
  8. Setelah semuanya sebati, tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

Kerabu pegaga ini memang sedap dimakan ketika masih segar. Ada rasa masam daripada limau kasturi, pedas cili dan aroma ikan bilis serta belacan, ditambah pula tekstur pegaga yang rangup ketika dikunyah.

Sumber: Fazniza Razali

Baca juga: Cara Buat Kerabu Pucuk Paku Kampung Sedap & Tak Cepat Basi, Ratah Saja Pun Nikmat!

Wan N

Recent Posts

Resipi Makaroni Buttermilk Pedas Berkrim Versi ‘Confirm’ Tak Muak, Wangi Bau Daun Kari!

Resepi buttermilk pasta ini sesuai untuk penggemar hidangan pasta yang gemarkan tekstur berkrim tetapi pedas…

2 days ago

Jangan Terus Masukkan Jagung Dalam Air, Ini Cara Rebus Supaya Isinya Tak Kecut & Kekal Gebu!

Jagung rebus memang antara makanan yang sedap dinikmati begitu sahaja, lebih-lebih lagi apabila isinya masih…

2 days ago

Nama Harumanis Perlis Jadi ‘Modal’, Rupanya Mangga Indonesia Yang Dijual! Jangan Tersalah Beli…

Nama Harumanis Perlis memang cukup terkenal dengan aroma harum, rasa manis dan keenakan isinya. Namun,…

2 days ago

Resipi Donat Lembut Tanpa Telur, Rahsia Doh Gebu Walaupun Tak Perlu Uli Lama!

Nak buat donat sendiri di rumah tetapi tidak mahu bersusah payah menguli doh terlalu lama?…

2 days ago

Resipi Loaded Potato Homemade, Siap Dengan Ayam Popcorn Dan Sos Cheese Meleleh!

Kalau anak-anak minta bawa sesuatu yang istimewa untuk jamuan sekolah, bolehlah cuba resepi loaded potato…

2 days ago

Ayam BBQ Crunchy Menu Popular Untuk Potluck Anak, Sekali Bawa Ke Sekolah Memang Licin!

Buntu nak sediakan menu potluck untuk anak-anak? Apa kata cuba ayam BBQ crunchy, hidangan ayam…

2 days ago