Categories: Resipi

Masam-Masam Manja! Resipi Ikan Tenggiri Masak Cuka Ini Memang Buat Bertambah Nasi

Resipi tenggiri masak cuka ini boleh menjadi pilihan bagi anda yang menggemari hidangan dengan rasa masam, segar, dan berperisa. Kuahnya mempunyai rasa yang seimbang dan tidak terlalu berat, sesuai bagi anda yang menyukai lauk dengan rasa yang menyegarkan.

Rasa cuka memberikan sentuhan masam yang menaikkan selera, manakala ikan tenggiri mempunyai isi yang lembut dan sedap dipadankan dengan kuah cuka yang berperisa.

Jika anda sedang mencari idea untuk mengolah ikan tenggiri dengan cara yang berbeza, resipi ini wajar dicuba. Penyediaannya juga mudah dan sesuai untuk dijadikan salah satu pilihan menu harian.

Baca juga: Resipi Gulai Lemak Cili Api Ikan Tenggiri Petai, Rasa Pedas Manja Yang Buat Tambah Nasi!

RESIPI TENGGIRI MASAK CUKA

Bahan-bahan:

  • Ikan tenggiri
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 ulas bawang merah
  • 3 biji cili hijau
  • Biji sawi secukupnya
  • 2 sudu besar cuka
  • Tomato secukupnya
  • Air secukupnya
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • Serbuk perasa secukup rasa
  • Minyak untuk menumis
  • Timun (pilihan)

Cara-cara penyediaan:

  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali.
  2. Tumis biji sawi bersama bawang putih, bawang merah, dan cili hijau hingga naik bau.
  3. Masukkan air mengikut jumlah kuah yang diinginkan.
  4. Tambahkan cuka, kemudian perasakan dengan garam, gula, dan serbuk perasa.
  5. Masukkan ikan tenggiri dan biarkan hingga ikan masak serta kuah mendidih.
  6. Masukkan tomato dan masak seketika.
  7. Jika suka, tambahkan timun sebelum menutup api.
  8. Siap untuk dihidangkan!

Sumber: Threads @umairarsnwi

Baca juga: Resipi Sambal Ikan Tenggiri Pedas & Pekat, Lauk Simple Tapi Buat Nasi Bertambah-Tambah

Izzati

Recent Posts

Resipi Makaroni Buttermilk Pedas Berkrim Versi ‘Confirm’ Tak Muak, Wangi Bau Daun Kari!

Resepi buttermilk pasta ini sesuai untuk penggemar hidangan pasta yang gemarkan tekstur berkrim tetapi pedas…

2 days ago

Jangan Terus Masukkan Jagung Dalam Air, Ini Cara Rebus Supaya Isinya Tak Kecut & Kekal Gebu!

Jagung rebus memang antara makanan yang sedap dinikmati begitu sahaja, lebih-lebih lagi apabila isinya masih…

2 days ago

Nama Harumanis Perlis Jadi ‘Modal’, Rupanya Mangga Indonesia Yang Dijual! Jangan Tersalah Beli…

Nama Harumanis Perlis memang cukup terkenal dengan aroma harum, rasa manis dan keenakan isinya. Namun,…

2 days ago

Resipi Donat Lembut Tanpa Telur, Rahsia Doh Gebu Walaupun Tak Perlu Uli Lama!

Nak buat donat sendiri di rumah tetapi tidak mahu bersusah payah menguli doh terlalu lama?…

2 days ago

Resipi Loaded Potato Homemade, Siap Dengan Ayam Popcorn Dan Sos Cheese Meleleh!

Kalau anak-anak minta bawa sesuatu yang istimewa untuk jamuan sekolah, bolehlah cuba resepi loaded potato…

2 days ago

Ayam BBQ Crunchy Menu Popular Untuk Potluck Anak, Sekali Bawa Ke Sekolah Memang Licin!

Buntu nak sediakan menu potluck untuk anak-anak? Apa kata cuba ayam BBQ crunchy, hidangan ayam…

2 days ago