Jika sebelum ini MyResipi pernah berkongsikan resipi kerabu buah tembikai, kali ini jom cuba resepi kerabu limau mandarin pula.
Memang rugi kalau tak cuba kerana terlalu sedap sehingga boleh habis makan sepinggan seorang diri saja! Penggemar makanan Thai juga pasti suka sebab rasa ala-ala Thai!
Sempena Tahun Baru Cina ini, pasti ramai yang menerima buah mandarin daripada majikan, rakan atau jiran tetangga. Kalau risau membazir, jom kita olah menjadi satu hidangan yang lazat!
Baca juga: Patutlah ‘Viral’ Salad Timun Yogurt Ini, Sangat Lazat & Sesuai Untuk Diet
RESEPI KERABU LIMAU MANDARIN
Bahan-bahan sayur:
- Limau mandarin dipotong
- Timun dihiris mancis
- Bawang besar hiris
- Tomato
- Kacang panjang
- Daun ketumbar
- Sedikit kacang disangai
Bahan-bahan tumbuk:
- Sedikit udang kering rendam sekejap
- Cili api ikut kepedasan
- Sebiji bawang putih
- Gula sedikit
- Perahkan limau nipis
- Sesudu besar sos ikan/kicap sotong
Bahan-bahan lain:
- Kacang
Cara-cara penyediaan:
1. Tumbuk udang kering, cili api dan bawang putih sehingga halus. Selepas itu, masukkan sedikit gula, perahan limau nipis dan 1 sudu besar sos ikan/kicap sotong.
2. Kemudian, gaul bahan tumbuk dengan bahan-bahan sayur.
3. Gaul sehingga semuanya sebati dan bercampur rata. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Joanna Johan
Baca juga: Resipi Chicken Salad, Menu Diet Yang Sedap Sampai Hari-Hari Nak Makan!