
Apam Kuala Kangsar, atau juga dikenali sebagai apam pasang, adalah sejenis kuih tradisional yang popular. Cara penyediaannya sangat mudah dan ringkas.
Apam ini mempunyai rasa yang lembut dan manis, sesuai dinikmati pada bila-bila masa, terutama ketika minum petang. Tak perlu jauh-jauh ke Perak.
Tengok gambar sahaja, dah tahu gebu. Moh kita cuba resipi di bawah ini!
Baca juga: Asyik-Asyik Donut Bulat, Jom Cuba Donut Bantal Yang ‘Crunchy’ & Berongga Ini
RESIPI APAM KUALA KANGSAR
Bahan-bahan:
- 1 cawan tapai nasi
- 1 cawan gula halus
- 2 cawan air
- 3 cawan tepung beras
- 1 sudu besar baking powder
Cara Penyediaan:
1. Kisarkan tapai nasi, gula, dan 1/2 cawan air hingga sebati menggunakan blender.
2. Dalam bekas lain, campurkan tepung beras dan baking powder. Gaulkan bahan-bahan kering ini hingga rata.
3. Masukkan bahan kisar tadi ke dalam bekas tepung dan baking powder. Gaulkan hingga sebati.
4. Tambahkan baki air (1 1/2 cawan) ke dalam adunan. Gaul lagi sehingga semuanya sebati.
5. Biarkan adunan yang telah sebati tadi diperam selama 3 hingga 4 jam. Ini penting untuk memberikan tekstur apam yang lembut dan gebu.
6. Sementara menunggu adunan diperap, layurkan daun pisang di atas api dan potong mengikut saiz acuan bulat yang akan digunakan.
7. Selepas adunan diperam, tuangkan ke dalam loyang atau acuan yang telah dilapik dengan daun pisang.
8. Kukus adunan selama 15 minit atau sehingga masak. Untuk memastikan apam telah masak, cucuk dengan lidi dan pastikan tiada adunan yang melekat.
9. Setelah masak, potong lebihan daun pisang untuk memberikan kekemasan pada apam. Apam ini boleh dinikmati begitu sahaja atau bersama kelapa parut untuk rasa yang lebih enak.
Selamat mencuba!
Sumber: Aznie Khasri
Baca juga: Cara Simpan Baki Whipping Cream, Buat Macam Ini Agar Tak Mudah Rosak