Kalau anda sedang mencari resepi kek marble lembut yang gebu dan mudah dibuat, resipi perkongsian Ros Linawatiey ini memang boleh dicuba. Gabungan adunan warna kuning, merah dan coklat menjadikan kek bukan sahaja sedap, malah cantik apabila dipotong.
Teksturnya yang lembut dengan aroma butter membuatkan kek ini sesuai dinikmati ketika sarapan atau minum petang. Bahan-bahannya juga mudah didapati dan cara penyediaannya tidak terlalu rumit.
Baca juga: Cara Buat Puding Caramel Tanpa Telur, Buat Suka-Suka Tak Sangka Ramai Pula Yang Order!
Bahan-bahan:
Cara-cara Penyediaan:
1. Pukul butter bersama gula kastor sehingga putih dan gebu.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Pukul sehingga sebati setiap kali telur dimasukkan.
3. Masukkan esen vanila dan gaul sehingga sebati.
4. Ayak tepung gandum bersama baking powder.
5. Masukkan campuran tepung secara berselang-seli dengan susu cair ke dalam adunan. Gaul perlahan sehingga sebati.
6. Bahagikan adunan kepada tiga bahagian.
7. Campurkan pewarna kuning ke dalam satu bahagian dan pewarna merah ke dalam satu bahagian lagi.
8. Untuk bahagian ketiga, masukkan serbuk koko bersama 1 sudu besar susu cair tambahan. Gaul sehingga sebati.
9. Sapu loyang dengan sedikit butter.
10. Tuangkan adunan merah, kuning dan coklat secara berselang-seli ke dalam loyang.
11. Gunakan lidi untuk melorek permukaan adunan bagi menghasilkan corak marble.
12. Bakar pada suhu 170°C selama 40 hingga 50 minit atau sehingga kek masak.
13. Cucuk lidi di bahagian tengah kek. Jika lidi keluar bersih tanpa adunan melekat, kek sudah masak.
Tips Buat Kek Marble Lebih Lembut
Resipi ini dikongsikan oleh Ros Linawatiey di Facebook dan sesuai dicuba untuk hidangan keluarga. Dengan bahan yang ringkas dan cara penyediaan yang mudah, kek marble ini boleh menjadi pilihan menarik untuk minum petang.
Selamat mencuba!
Sumber: Ros Linawatiey
Baca juga: Kek Batik Coklat Crunchy, Tak Banyak Bahan Tapi Rasa Coklatnya Pekat Dan Memikat!
Kuih dadar gulung memang antara kuih tradisional yang ramai suka, terutama apabila kulitnya lembut, nipis…
Cara buat cekodok ikan bilis ini menghasilkan kudapan yang rangup di luar dengan isi yang…
Kalau suka burger Malaysia yang sambalnya melimpah, pekat dan pedas manis, resipi sambal burger Malaysia…
Resepi kacang tanah goreng rangup sebenarnya mudah saja. Tak perlu bahan yang banyak, cuma kena…
Resipi fruit rice paper roll ini sesuai untuk anda yang mahukan snek segar dengan gabungan…
Kalau suka kuih tradisional yang ada gabungan rasa lemak dan manis, kuih apam Tokyo ini…