Nak tahu cara buat puding caramel tanpa telur yang mudah dan sesuai untuk pencuci mulut keluarga? Resipi perkongsian Daia Jamiaan ini menggunakan serbuk agar-agar, susu cair dan susu pekat untuk menghasilkan puding yang lembut dan sedap.

Menariknya, puding ini pada asalnya dibuat sekadar untuk makan sendiri kerana tidak gemar puding yang menggunakan telur. Anak-anak pun suka, sampai selepas dikongsikan di Instastory, ada pula yang mula bertanya dan membuat tempahan.

Baca juga: Kek Batik Coklat Crunchy, Tak Banyak Bahan Tapi Rasa Coklatnya Pekat Dan Memikat!

CARA BUAT PUDING CARAMEL TANPA TELUR

cara buat puding caramel

Kalau anda memang kurang gemar rasa atau bau telur dalam puding karamel, versi ini boleh dicuba. Bahan yang digunakan juga mudah didapati dan penyediaannya tidak terlalu rumit.

Bahan-bahan:

Bahan karamel:

  • 3 cawan gula
  • 1 cawan air

Bahan puding:

  • 2.5 liter air
  • 10 gram serbuk agar-agar
  • 1 tin susu cair
  • 1/2 tin susu pekat
  • 3 sudu besar perasa vanila
  • Sedikit garam

Cara-cara Penyediaan:

Cara buat karamel:

1. Masukkan gula ke dalam periuk.

2. Masak menggunakan api perlahan sehingga gula cair sepenuhnya.

3. Apabila gula sudah cair, masukkan air sedikit demi sedikit dengan berhati-hati.

4. Kacau sehingga sebati dan karamel siap.

Cara buat puding:

1. Masukkan 2.5 liter air dan serbuk agar-agar ke dalam periuk.

2. Masak sambil dikacau sehingga serbuk agar-agar larut.

3. Masukkan susu cair, susu pekat dan perasa vanila.

4. Tambahkan sedikit garam.

5. Kacau semua bahan sehingga sebati dan adunan mendidih.

6. Tuangkan adunan puding ke dalam bekas yang telah diletakkan karamel.

7. Biarkan puding sejuk terlebih dahulu.

8. Masukkan ke dalam peti sejuk sehingga puding mengeras dan sejuk.

9. Setelah cukup sejuk, dah boleh dihidangkan.

Tips Buat Puding Karamel Tanpa Telur

  • Gunakan api perlahan ketika mencairkan gula supaya karamel tidak mudah hangus.
  • Masukkan air sedikit demi sedikit selepas gula cair kerana karamel sangat panas.
  • Pastikan serbuk agar-agar benar-benar larut sebelum memasukkan bahan-bahan susu.
  • Kacau adunan puding sehingga sebati supaya hasilnya lebih elok.
  • Sejukkan puding dalam peti ais sebelum dihidangkan untuk rasa yang lebih menyegarkan.

Resipi ini sesuai untuk yang teringin makan puding karamel tetapi mencari versi tanpa telur. Dengan bahan yang mudah dan langkah penyediaan yang ringkas, boleh buat sendiri di rumah untuk dinikmati bersama keluarga.

Siapa sangka puding yang asalnya dibuat sekadar untuk anak-anak akhirnya mendapat sambutan daripada orang lain. Bermula dengan suka-suka, terus ada yang mula order. Memang boleh jadi rezeki dari dapur sendiri!

Selamat mencuba!

Sumber: Daia Jamiaan

Baca juga: Cara Membuat Koktel Peach Longan, Dessert Mudah 5 Minit Siap Bila Tetamu Datang Rumah

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Trending