resepi kek butter mudah

Bukan mak-mak saja yang suka buat kek, malah wanita dan lelaki yang belum kahwin pun berminat dengan resepi Kek Butter mudah ini.

Walaupun muncul pelbagai jenis kek viral di Malaysia, namun ia tak dapat menandingi kek lama seperti Kek Butter yang terkenal dengan keistimewaannya tersendiri.

Kali ini kami kongsikan resepi Kek Butter mudah daripada Nurul Aini Mohamed Ali di Facebook yang mendapat pujian ramai kerana hasilnya menjadi. Jom kita cuba!

Baca juga: Kek Butter Oren, Begini Rahsia Supaya Parutan Oren Kekal Cantik

RESEPI KEK BUTTER MUDAH

resepi kek butter mudah

Bahan-bahan:

  • 1 cawan butter atau marjerin
  • 1 cawan gula halus
  • 4 biji telur
  • 1½ cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • 1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara:

1. Mula-mula, putar butter bersama gula dan esen vanilla dengan kelajuan tinggi sehingga ia bertukar warna putih.

2. Selepas itu, masukkan telur dan putar satu demi satu secara perlahan.

3. Seterusnya, masukkan tepung dan putar lagi sehingga sebati.

4. Akhir sekali, boleh bakar pada suhu 180ºC selama 40 minit (bergantung pada oven masing-masing). Setelah sejuk, boleh potong. Siap untuk dinikmati!

resepi kek butter mudah

Sampai sekarang masih ramai yang sukakan Kek Butter ini kerana mudah dibuat. Senang cerita, mereka yang tak tahu buat kek pun boleh terus pandai dengan resepi ini.

Kek Butter merupakan hidangan paling sesuai untuk dinikmati ketika sarapan atau minum petang bersama keluarga tersayang.

Selain itu, resepi Kek Butter mudah ini boleh digunakan ketika anda nak menyediakan pencuci mulut untuk tetamu yang datang ke rumah.

Tekstur Kek Butter yang lembut dan gebu mulus serta cair di mulut pasti buatkan keluarga anda makan sampai berkali-kali dan tak berhenti untuk memuji kesedapannya.

Nak jadikan Kek Butter nampak lebih menarik, anda boleh hidangkannya bersama kopi atau teh O yang panas di rumah.

Selamat mencuba!

Sumber: Nurul Aini Mohamed Ali

Baca juga: Kek Minyak Red Velvet Tak Payah Guna Butter, Tetap Lembut Gebu

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN