
Anda sedang tercari-cari menu sihat yang mudah disediakan tapi sangat sedap? Jom cuba resepi salad timun dengan tuna ini!
Penyediaannya sangat mudah, hanya perlu menghiris bahan dan gaulkan semuanya hingga rata. Salad ini boleh dinikmati segera tanpa perlu dimasak.
Lebih enak jika disejukkan sebentar di dalam peti sejuk. Pasti menyelerakan! Sesuai dinikmati pada bila-bila masa yang diinginkan.
Terliur nak cuba? Jom lihat resipi penuh di bawah yang dikongsikan oleh Nurha Muhammad di laman sosial Facebook.
Baca juga: Resipi Makaroni Salad Yang Simple, Sebekas Tak Cukup Sebab Anak Suka!
RESEPI SALAD TIMUN DENGAN TUNA

Bahan-bahan:
- 1 1/2 batang timun jepun
- 1 biji bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 2 hingga 3 sudu besar cream cheese
- 2 sudu besar yogurt asli
- 1 tin tuna chunks
- 1 sudu besar jus lemon
- Blackpepper, garam dan chili flakes secukupnya
- 1 sudu teh capers (optional)
Cara-cara:
- Sediakan semua bahan yang diperlukan seperti dalam senarai di atas.
- Hiris nipis timun jepun dan bawang merah.
- Kemudian, cincang halus bawang putih.
- Selepas itu, satukan semua bahan yang sudah tersedia ke dalam satu bekas.
- Gaul sehingga semua bahan bercampur dengan mesra dan sebati.
- Siap dan sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Nurha Muhammad
Baca juga: Cara Simpan Daun Salad Agar Tahan Lama, 3 Minggu Pun Masih Segar!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














