bihun goreng budak sekolah

Siapa yang jenis selalu ‘kuis’ sayur dalam mihun goreng ke tepi pinggan tu, angkat tangan cepat! Haha. Yang jenis tak suka makan sayur, jom buat bihun goreng budak sekolah ni.

Apabila sesi baru persekolahan sudah dibuka nanti, ibu-ibu boleh masak sebagai bekal kepada anak-anak. Pasti mereka makan berselera.

Kalau nak cepat dan malas nak membazir sayur sebab nanti akan ‘terbuang’ juga, boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Liza Idris ini.

RESIPI BIHUN GORENG BUDAK SEKOLAH

Bahan-bahan:

  • 1 biji bawang besar*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1 sudu kecil udang kering*
  • 2 atau 3 sudu cili kisar
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 atau 2 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar kicap
  • 1 sudu besar gula
  • Sedikit garam
  • Serbuk perasa
  • 3 biji telur
  • 1 bungkus bihun

Cara-cara:

1. Kisar bahan bertanda (*). Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga kekuningan dan naik bau.

2. Masukkan 2 atau 3 sudu cili kisar. Tumis sampai pecah minyak.

bihun goreng budak sekolah

3. Masukkan 2 sudu besar sos cili, 1 atau 2 sudu besar sos tiram dan 3 sudu besar kicap. Kacau sehingga sebati.

4. Letakkan 1 sudu besar gula.

5. Perasakan dengan sedikit garam dan serbuk perasa.

6. Ketepikan sos tumisan, masukkan 3 biji telur.

7. Jangan kacau, biarkan sekejap.

bihun goreng budak sekolah

8. Akhir sekali masuk 1 bungkus bihun. Kacau hingga sebati.

bihun goreng budak sekolah

9. Hasilnya apabila semua bahan sudah mesra.

bihun goreng budak sekolah

Selamat mencuba!

Kredit: Liza Idris

Baca juga: Tips Goreng Mihun Supaya Tak Hancur, Lembut Elok & Boleh Tahan Sampai Malam

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN