resepi karipap pusing

Pelbagai bentuk karipap yang boleh dihasilkan tapi ramai yang lebih tertarik dengan resepi Karipap Pusing kerana bentuk pusarnya yang begitu cantik.

Resepi Karipap Pusing menggunakan kulit yang digelek berlapis-lapis dan akan menghasilkan corak berlapis-lapis yang cantik kelihatan sungguh garing.

Anda boleh membuatnya sendiri di rumah dengan resepi Karipap Pusing yang dikongsikan oleh Abey Hijau di Facebook ini. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Karipap Rangup Sampai Petang, Nak Hasil Berjerawat Cantik Ada Caranya!

RESEPI KARIPAP PUSING

resepi karipap pusing

Bahan untuk Doh A (Minyak):

Bahan untuk Doh B (tepung):

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung beras
  • ¼ cawan minyak masak yang dipanaskan
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1 cawan air sejuk dari peti ais atau air biasa tambah ais
  • 1 sudu kecil garam
  • Sedikit gula

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, uli sebati semua bahan untuk Doh A dan perap dalam peti ais selama 15 minit.

2. Kemudian, uli pula semua bahan untuk Doh B sehingga sebati dan perap dalam peti ais selama 15 minit juga.

3. Setelah itu, bahagikan Doh A kepada 6 bahagian dan Doh B kepada 6 bahagian juga (nak buat 4 set pun boleh).

4. Seterusnya, bulat- bulatkan doh. Ambil Doh minyak (A) letak di atas Doh Tepung (B) yang telah dileperkan. Tutup adunan dan bulatkan doh tersebut.

5. Selepas itu, bulatkan semua doh dan biarkan selama 10 minit.

6. Kemudian, boleh leperkan atau gelekkan adunan memanjang dan renjis atau sapu dengan sedikit air sebagai tujuan untuk gam. Gulung kembali doh tadi.

7. Setelah digulung, leperkan atau gelek kembali adunan dan sapu dengan sedikit air pada permukaan adunan dan gulung kembali.

8. Selepas itu, potong adunan kepada 6 atau 7 bahagian. Ambil 1 keping adunan dan leperkan. Letak inti dan kelim tepi karipap.

9. Akhir sekali, goreng dalam minyak yang panas sehingga kuning keemasan. Angkat dan toskan. Siap untuk dinikmati!

resepi karipap pusing

Perkara yang membuatkan resepi Karipap Pusing ini istimewa dan menarik perhatian ramai adalah kulitnya lebih garing berbanding karipap yang lain.

Selamat mencuba!

Sumber: Abey Hijau

Baca juga: Resepi Karipap Telur Hancur, Begini Cara Orang Dulu Buat Tanpa Acuan

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN