Categories: Resipi

Resepi Kari Ikan Kembung, Cara Pecah Minyak Ini Buat Kuah Lebih Cantik Dan Sedap!

Sejak dulu lagi, lauk klasik seperti resepi Kari Ikan Kembung memang disukai ramai. Lebih-lebih lagi dipadankan dengan nasi panas dan ulam-ulaman segar, sedap tak terkata.

Resepi Kari Ikan Kembung sesuai dijadikan sebagai lauk harian. Ikannya mudah didapati, isi lembut dan tak hanyir, memang serasi dengan kuah kari yang pekat dan berempah.

Perkongsian resepi Kari Ikan Kembung oleh Eyla Osman sangat mudah diikuti dan sesuai untuk mereka yang baru nak belajar masak kari di rumah. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Kari Ikan Mamak Pekat Likat, Ini Rahsia Kuah Sedap Macam Dekat Kedai!

RESEPI KARI IKAN KEMBUNG

Bahan-bahan:

  • 4 ekor ikan kembung
  • Hirisan bawang merah secukupnya
  • Halba campur secukupnya
  • Daun kari secukupnya
  • 1 biji tomato (untuk tumis)

Bahan tumbuk atau kisar kasar:

  • 1 biji bawang besar
  • Beberapa ulas bawang putih
  • Sedikit halia
  • Serbuk kari ikan secukupnya
  • Air asam jawa secukupnya
  • Santan secukupnya
  • Garam secukup rasa
  • Bendi secukupnya
  • 1 biji tomato (untuk akhir sekali)
  • Air secukupnya

Cara-cara memasak:

1. Panaskan minyak, kemudian tumis hirisan bawang merah, halba campur, daun kari dan tomato hingga layu.

2. Apabila bahan tumisan sudah layu, masukkan bahan tumbuk atau kisar kasar (bawang besar, bawang putih dan halia). Masak hingga naik bau dan kelihatan layu.

3. Masukkan serbuk kari ikan. Masak serbuk kari hingga betul-betul pecah minyak.

4. Ulang proses tambah air sebanyak 3 kali iaitu tiap kali pecah minyak, tambah sedikit air dan kacau. Teknik ini bantu kuah jadi merah cantik tanpa perlu cili kisar.

5. Masukkan air asam jawa.

6. Tambahkan air secukupnya untuk kuah, kemudian masukkan ikan kembung.

7. Apabila kuah mula mendidih, masukkan santan.

8. Biarkan mendidih lagi hingga santan pecah minyak, kemudian perasakan dengan garam.

9. Masukkan bendi. Renehkan dengan api perlahan hingga kuah pecah minyak berlinang.

10. Akhir sekali masukkan tomato, kacau sikit dan tutup api. Siap!

Tips tambahan:

  • Jangan tinggal kuah masa proses pecah minyak supaya tak hangit.
  • Kalau suka kuah lebih pedas, boleh tambah sedikit cili kering kisar di awal tumisan.

Selamat mencuba!

Sumber: Eyla Osman

Baca juga: Resepi Kari Ikan Jenahak Pekat & Wangi, Tips Pecah Minyak 5 Kali Buat Kuah Jadi Lagi Padu!

Aimi

Recent Posts

Resipi Nasi Dagang Yang Lembut Berderai, Lengkap Dengan Gulai Ikan & Acar Timun

Kalau teringin nasi dagang Terengganu yang lengkap, hidangan ini boleh dibuat sendiri di rumah. Nasi…

5 hours ago

“Sehari Rajin, Sebulan Malas” – Wanita Ini Kongsi Rahsia Masak 2-3 Kali Sehari Walaupun Bekerja

Bagi wanita yang bekerja, nak masak setiap hari memang boleh jadi satu cabaran, lebih-lebih lagi…

5 hours ago

Tak Perlu Rempah Korea, Resepi Sundubu Jjigae Ini Guna Bahan Yang Ada Di Rumah Sahaja!

Resepi sundubu jjigae ini sesuai untuk dicuba di rumah dengan menggunakan bahan yang mudah ditemui…

5 hours ago

Rahsia Kek Pisang Marble Lembut, Gebu & Moist, Cantik Coraknya Bila Dipotong!

Kek pisang marble ini sesuai dibuat kalau ada pisang yang sudah masak di rumah. Teksturnya…

5 hours ago

Kek Coklat Moist Mudah, Sukat Guna Cawan & Tak Perlu Banyak Bahan

Kalau anak-anak tiba-tiba teringin kek coklat ketika cuti sekolah, tak perlu pening fikir resipi yang…

6 hours ago

Rupanya Buat Puding Jagung Tak Susah, Campur Semua Bahan & Masak Sampai Pekat!

Kalau ada jagung tin tersimpan dalam kabinet dan sudah lama tidak terusik, boleh cuba buat…

6 hours ago