resepi kari ikan mamak

Ternampak ikan dalam peti sejuk, tapi tak ada idea pula nak buat masakan apa yang sedap. Apa kata, hari ini anda cuba resepi Kari Ikan Mamak yang padu dan menyelerakan.

Resepi Kari Ikan Mamak yang dikongsikan oleh Azizah Radin mendapat perhatian ramai pengguna di Facebook kerana kuahnya manis semula jadi dan pekat tanpa santan.

Baca juga: Resepi Ayam Goreng Mamak Rangup Berempah, Sekali Makan Confirm Tak Cukup Seketul!

RESEPI KARI IKAN MAMAK

resepi kari ikan mamak

Bahan-bahan:

  • Ikan bawal atau kepala ikan atau ikan pilihan
  • ½ biji bawang besar
  • 2 biji bawang kecil
  • 5 hingga 6 ulas bawang putih
  • Halia (ikut kesukaan)
  • 1 batang kayu manis
  • 2 biji bunga lawang
  • 2 tangkai daun kari
  • 4 sudu besar serbuk kari
  • 2 sudu cili kisar (laras ikut tahap pedas)
  • 1 keping asam keping
  • Asam jawa (lumurkan sedikit pada ikan untuk hilangkan hanyir)
  • Air (tambah sedikit demi sedikit ikut kepekatan)
  • 1 biji tomato (potong 6)
  • 6 hingga 8 batang bendi
  • Garam secukup rasa

Cara-cara masak:

  1. Tumis hirisan bawang besar, bawang kecil, bawang putih dan halia bersama kayu manis, bunga lawang serta daun kari sampai naik bau.
  2. Masukkan cili kisar dan serbuk kari, gaul sebati dan tambah sedikit air. Tumis sampai rempah pecah minyak.
  3. Masukkan asam keping diikuti ikan. Jangan terlalu banyak mengacau bagi mengelakkan isi ikan hancur.
  4. Jika kuah terlalu pekat, tambah sedikit air. Kuah tetap akan jadi pekat likat selepas dimasak.
  5. Perasakan dengan garam.
  6. Masukkan bendi dan tomato. Masak selama 5 hingga 7 minit atau sampai bendi lembut mengikut selera.

Selamat mencuba!

Sumber: Azizah Radin

Baca juga: Resepi Kari Ayam Mamak Tanpa Santan, Ada Cara Tumis Bagi Rasa Lebih Padu!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN