resepi kari ikan jenahak

Masakan kari merupakan antara lauk yang tak pernah jemu dimakan. Lebih-lebih lagi jika dapat buat resepi Kari Ikan Jenahak ini, sedapnya memang tak terkata.

Kari Ikan Jenahak bukanlah sekadar hidangan harian, malah boleh jadi menu istimewa apabila ada tetamu datang ke rumah. Aroma kuahnya yang harum, cukup membuka selera.

Kali ini kami nak kongsikan resepi Kari Ikan Jenahak oleh ainnzn di Threads yang menggunakan teknik pecah minyak berulang kali dan hasilnya memang padu. Jom kita cuba!

Baca juga: Ikan Kembung Rebus Air Asam, Siraman Kuahnya Rasa Macam Makan Di Kampung

RESEPI KARI IKAN JENAHAK

resepi kari ikan jenahak

Bahan-bahan:

Cara-cara memasak:

1. Panaskan minyak dan campakkan halba campur dan daun kari. Goreng kedua-duanya sampai naik bau.

2. Kemudian, tumis bawang merah, bawang putih dan halia yang ditumbuk atau dikisar (saya lebih suka tumbuk sebab lebih sedap).

3. Tumis bahan ditumbuk sampai naik bau dan pecah minyak sedikit, kemudian baru masukkan rempah kari ikan, rempah cili dan rempah kunyit.

4. Tumis rempah sampai pecah minyak. Jika boleh, ulang pecah minyak ini sebanyak 5 kali. Lebih banyak kali pecah minyak, lebih sedap.

5. Selepas pecah minyak kali kelima, masukkan santan setengah kotak (saya pakai santan kotak yang kecil) dan tumis lagi sampai pecah minyak.

6. Biarkan santan itu sama-sama pecah minyak dengan rempah-rempah tadi.

7. Apabila santan itu sudah pecah minyak, masukkan air. Perasakan garam dan gula secukup rasa.

8. Masukkan ikan, bendi dan tomato. Tutup kuali dan biarkan ikan masak. Siap untuk dihidang!

resepi kari ikan jenahak

Dengan resepi Kari Ikan Jenahak ini, makan tengah hari atau malam memang jadi lebih istimewa. Kuahnya pekat, ikan segar, ditambah pula dengan bendi dan tomato yang menyedapkan lagi rasa.

Selamat mencuba!

Sumber: ainnzn

Baca juga: Kari Ikan Timur Laut India, Resipi Dari Negeri Odisha Ini Boleh Tahan Sedap!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN