Categories: Resipi

Resipi Pau Kastard Jagung Gebu Dan Lembut, Sekali Makan Memang Tak Cukup Sebiji!

Kali ini, MyResipi nak kongsikan resipi pau inti kastard jagung yang manis berlemak dan sangat sedap dimakan panas-panas. Pau lembut di luar dan inti pekat di dalam.

Anda boleh sesuaikan sukatan inti mengikut selera, sama ada manis lebih atau kurang. Dengan resipi mudah ini, sesiapa pun boleh cuba buat pau gebu ala kedai di rumah.

Baca juga: Resipi Cireng Goreng Rangup & Kenyal, Kudapan Simple Guna Tepung Ubi Saja!

RESIPI PAU KASTARD JAGUNG

Bahan A (larutan yis):

  • 1 ½ cawan air suam kuku
  • 1 paket yis
  • 2 sudu besar gula pasir

Cara sediakan: Satukan semua bahan dalam satu bekas, kacau dan biarkan selama 5–6 minit hingga berbuih.

Bahan B (tepung pau):

  • 4 ½ cawan tepung pau (atau tepung gandum biasa)
  • 3 sudu besar shortening (boleh guna butter)
  • 2 sudu besar susu pekat manis
  • 1 ½ sudu teh baking powder

Cara sediakan: Satukan semua bahan dan gaul hingga menjadi serbuk.

Cara membuat pau:

  1. Masukkan larutan yis (Bahan A) ke dalam bahan B. Gaul rata dan uli sebati selama 8–10 minit.
  2. Peram doh dalam bekas bertutup selama 15 minit.
  3. Uli semula doh, kemudian bulat-bulatkan. Ambil satu doh, masukkan inti kastard jagung dan lapik dengan daun pisang atau kertas minyak. Ulang untuk semua doh.
  4. Peram semula selama 18–20 minit (untuk pau inti kaya, peram 15–18 minit sahaja).
  5. Sementara itu, panaskan air kukusan hingga mendidih.
  6. Kukus pau yang telah diperam selama 7–8 minit (balut kain pada penutup kukusan supaya wap tidak menitik).
  7. Untuk memastikan pau sentiasa lembut, simpan dalam bekas kedap udara dan jangan biarkan terdedah pada udara.

Bahan-bahan inti:

  • ½ cawan tepung kastard atau tepung jagung
  • 1 tin jagung krim (sy guna ¾ cawan)
  • 1 cawan susu cair atau susu full cream
  • 2 cawan air
  • ¾ cawan gula (boleh kurang atau tambah ikut rasa)
  • Pewarna kuning (jika mahu)
  • 2 sudu besar butter (masuk terakhir)
  • Sedikit garam
  • Esen jagung (jika ada, optional)

Nota: Sukatan boleh diubah ikut kesesuaian. Jangan terlalu pekat atau cair, sebab kalau pekat, inti akan jadi puding jagung. Butter atau marjerin wajib untuk memberi tekstur yang cantik dan sesuai untuk pau.

Cara buat inti:

  1. Campur semua bahan kecuali butter dan esen jagung, kacau hingga sebati.
  2. Masak atas api sederhana sambil kacau sehingga pekat.
  3. Akhir sekali, masukkan butter/marjerin dan esen jagung (jika guna). Kacau rata dan sejukkan sebelum digunakan sebagai inti pau.

Sumber: Samsinar Bustami

Baca juga: Resipi Cireng Goreng Rangup & Kenyal, Kudapan Simple Guna Tepung Ubi Saja!

Wan N

Recent Posts

“Ini Bukan Bekal Suami, Buffet Namanya..” – Netizen Puji Lauk Meriah, Isteri Pun Bekerja Tapi Sempat Masak!

Menyediakan bekal makanan untuk suami bukanlah perkara mudah, apatah lagi apabila isteri sendiri turut bekerja…

7 hours ago

Resipi Mini Chicken Pot Pie Guna Air Fryer, Inti Ayam Berkrim Dalam Pastri Rangup Buat Lebih Nikmat!

Resipi chicken pot pie ini sesuai dijadikan hidangan istimewa untuk keluarga. Inti ayam yang berkrim…

8 hours ago

Resipi Pasta Tomyam Creamy, Diolah Ikut Tekak Melayu Yang ‘Confirm’ Tak Muak Bila Makan!

Pasta tomyam creamy dengan udang ini sesuai untuk peminat hidangan pasta yang menggemari gabungan rasa…

8 hours ago

Resipi Ikan Masak Asam Rebus Dengan Nenas, Kuah Masam Pedas Memang Buat Kecur Air Liur!

Ikan masak asam rebus merupakan antara hidangan yang cukup menyelerakan, terutama bagi penggemar lauk berkuah…

9 hours ago

Peminat Gyoza Wajib Cuba! Ini Resipi Homemade Guna 500g Ayam, Sekali Buat Dapat 90 Biji

Resepi gyoza homemade ini sesuai untuk anda yang gemar menikmati hidangan ala Jepun di rumah.…

11 hours ago

Resipi Telur Dadar Masak Lemak Cili Api, Lauk Jimat Dengan Kuah Pekat Berlemak Pedas!

Telur dadar masak lemak cili api antara hidangan yang boleh dijadikan pilihan untuk menu makan…

11 hours ago